-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Saturday, 22 August 2015

INGATLAH

ASSALAMUALAIKUM

      Ada la dulu aku baca kat mana tah. Lupa. Haha. Kalau kita rasa diri down ke, resah gelisah ataupun down cuba buka al-Quran buka page secara rawak lepas tu tengok maksud ayat tersebut. 

       Lepas aku baca yasin lepas maghrib tadi duk rilex, tenangkan jiwa..cehh aku try lah buat tips tadi emm tips kot entah.. hukhuk. Aku tutup Quran dengan lafaz bismillahirohmanirohim mata aku fokus ke page 252 aku baca surah tersebut dengan maksudnya sekali and the end aku jumpa ayat tu dah ye, betul. Astagfirullah.

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (surah ar-Ra'd ayat 28 juzuk 13)

       Aku flashback balik minggu-minggu sebelum ni. Ada lah seminggu aku busy sangat sampai lagha, lalai. Duk tengah solat ingat benda lain, solat cepat lepas solat tak zikir kalau lepas magrib tak baca yasin. Erm. ALLAH ALLAH laghanya time tu.

       Aku nak masuk gamba ayat tadi tapi aku update pakai phone je. Benda ni kecik susah sikit. Aku boh dalam ig bukan nak menunjuk ke apa ke tak sesekali just nak share disebalik semua tu.

       Banyak benda kita tak sedar yang kita buat sampai lalai. Hati aku tak tenang semenjak dua ni sebab entah. Nafas pun tak berapa nak lepas. Aku baru je lepas kem tak penah-penah aku hidup 20tahun ni tetiba lari semput, aku nak puji lah pengurusan time kem tu sebab care la time aku semput tu tak penah pun diri sampai manja camtu. Cam pelik juga lah tetiba je.

       Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi tu aku redha nanti balik cuti minggu nak pi jumpa doktor wak medical check up. Sampai sini sahaja in sya Allah jumpa di next entry. Sorry pasal gambar dah tak tahu dah buat camne tak keluar-keluar juga.

p/s : tengah merancang nak buat second giveaway cuti sem nanti. Follow my ig.... @_atikahaziz

     


Dicatat oleh Unknown di 08:28 3 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 18 August 2015

Hilang motivasi diri

Assalamualaikum

       Pernah dak rasa korang kemain fokus dalam sesuatu perkara lepas tu tetiba papp semua malaih study, makan, riadah petang-petang. Yang tahu nak tidoq ja. Lepas tu minggu tu ada 3 4 test sekali gus. Tak pandai nak budjet masa. Semua berlaku secara spontan. Aku malas ni, aku malas tu. Tapi nak lulus dengan jayanya dalam subjek tu. GILA!!!!

       Dan lepas tu borak dengan kawan "eh aku rasa nak drop je subjek ni, tak mampu nak bahagi masa" lepas tu aku pikir balik kenapa kawan-kawan aku boleh aku tak boleh, diorang lagi busy dari aku aktif berpersatuan aku lepak je dalam bilik main phone lepas tu kalau rasa free sikit layan running man. Diorang dapat skor dalam semua quiz test semua la. 

       Kalau balik rumah nak cerita pasal result kat ma abah semua tu tak sampai hati sebab semua test boleh dikatakan 'lerak'. Down giler. Dulu rajin sekarang perkataan rajin tu cam hilang. Hilang motivasi diri bukan mudah nak upkan balik motivasi diri. Mana semua itu menghilang please kembali la.  Tapi kena berbalik pada diri sendiri pulak.

       Ada kata-kata aku pernah baca 

SETIAP KALI KAMU RASA SEPERTI MAHU MENGALAH KENANGKAN WAJAH-WAJAH MEREKA YANG KAMU CINTAI DAN INGAT KAMU PERLU BUKTIKAN PADA MEREKA YANG MAHU MELIHAT KAMU BERJAYA 

       Hater you make me strong. Cehh.. ayat. Ada lah aku perasan dua tiga orang dalam kelas perangai cam gini haa tapi malas nak ambik tahu yang penting aku gembira dengan hidup aku. Cewahh. Aku bukan nak burukkan mereka tapi macam aku cakap tu diorang yang buat aku lagi kuat dan lagi semangat.

      Tadi dalam kelas madam bagi la semangat sikit, bagi motivasi. Apa yang dia cakap tu semua yes, i agree. Masa belajar ni main-main cuba nanti nak meningkat kat alam pekerjaan mampu ke dengan cgpa yang cukup-cukup makan. Fikir kat situ nanti lagi banyak persaingan.

       Aku ni jenis manusia tiap-tiap hari kena bagi motivasi kalau tak haa malaih memanjang tak sedarkan diri. Sedar diri sedar diri. 😣😣. Final dalam 7 minggu lagi kalau tak silap aku. Haa.. sudah.

P/s tolong bangkitkan semangat saya untuk terus berjaya di dunia dan yang paling utama di akhirat nanti.



       
Dicatat oleh Unknown di 23:24 2 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 17 August 2015

Haaaaiiiiiiiii

ASSALAMUALAIKUM

      Fuhh.. lama gila kot tak update. Bukan busy tapi takder connection internet.. sodeh je. Tapi tiba-tiba internet kat cafe sampai dalam bilik haa apa lagi update lah kang. Alhamdullilah sekarang ni dah sem 2 kat U dengan result semester lepas alhamdulillah dapat mengembirakan hati ma abah walaupun tidak bagi aku tapi BERSYUKUR dengan rezeki yang diberikan.

       Minta maaf kepada sohabat-sohabat yang tinggal jejak kat chat box, nanti kita balas kunjungan awak. Yang bagi komen kat post-post lepas pun mintak maaf juga kadang-kadang tak perasan sampai dua tiga bulan kekadang tu sampai bertahun baru perasan. Maafkan saya!

       Sedang aku duk update ni tetiba cerita hantu pasal kolej pulak muncul ni.. Hahaha. Cerita sebenarnya aras tu kosong sebab pihak kolej save untuk student rayuan. Ni timbul pulak cerita entah apa-apa ni. Haaa. (iklan sahaja ^_^)

          
belanja gambar sikit
     UiTM Kelantan Kampus Machang gambar tu aku ambik lepas habis kelas atas tenggiling kebetulan van tu parking betul-betul depan blok pentadbiran. Cantikkan.. Hahaha..

        Sampai di sini sahaja dahulu. In Sya Allah jumpa di entry yang seterusnya. Assignment berlambak-lambak lambak. T_T

p/s : follow my ig@_atikahaziz

         

           

         
       

      
Dicatat oleh Unknown di 07:16 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 1 January 2015

Throwback - ke Kuala Krai

Assalamualaikum

Selamat pagi hari yang dingin..argh!! sejuk nye. T_T okey-2 selasa lepas kalau tak silap aku lah. Famili aku pergi ke Kuala Krai tempat yang paling terjejas akibat banjir baru-baru ni alhamdulillah pergi untuk memberikan sumbangan peribadi. Kalau tak silap aku Kampung Ghucil lebih kurang sejam dari bandar Pasir Puteh, kitorang bertolak lepas solat zohor.

Sepanjang jalan pun dah nampak bagai mana situasi tu paras air separuh pokok, kereta tersadai di bahu jalan dan ada barang-barangan penduduk tersangkut kat pokok. Allah.

Tak dapat bayangkan kalau aku di tempat mereka, air yang melimpah sehingga ke paras bumbung rumah dan ada juga penduduk yang kehilangan rumah mereka berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan mereka.

Lepas tu famili aku singgah dekat dengan rumah seorang uncle chinese tengok situasi kat area situ. Uncle tu cakap semua jiran dia tak tahu pegi mana kat tempat pemindahan banjir pun diorang tak jumpa mungkin dekat rumah famili diorang kot tinggal uncle tu sorang je area tu duk kemas peralatan rumah yang berlumpur dan dia cakap wife dia dekat tempat pemindahan.

Okay lah sampai di sini sahaja untuk kali ini. Bawah ni aku share gambar tapi tak banyak lah sebab aku banyak ambil video. Sekian.

Dicatat oleh Unknown di 16:08 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

36967

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • â–º  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • â–º  2017 (1)
    • Jan (1)
  • â–º  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • â–¼  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • â–º  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • â–º  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • â–º  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.