-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Tuesday, 6 December 2016

Last semester

Assalamualaikum.. apa khabar hari tu an aku ada cakap nak sambung kisah terindu kekasih orang tu tapi aku decide taknak sambung sebab nak jaga hati manusia di dunia yang penuh pancaroba ini.. hee
Syukur alhamdulillah, taksangka sekarang aku dah last sem dekat uitm as student diploma.. insyaAllah last sem.. Final exam sem lepas aku risau dengan satu subject iaitu financial analysis.. stress dia, takut fail sampai tak lena tidur .. sampai la ke paper last aku duk pikir takut ya rabbi repeat. 'takpe repeat test jpj jangan repeat paper'. Balik rumah kalau ingat pasal aku jawab tu risau Allah je tahu. Tapi alhamdulillah bersyukur sangat lulus gak walaupun dah nyawa-nyawa kerbau. Asal lulus dah jangan fail je. Muahahaha. Walaupun gpa semakin tinggi sem semakin drop tapi takpe aku bersyukur. InsyaAllah grad on time nak tengok ma dan abah pakai jubah konvo tengok mereka gumbira, saya pun lagi gumbira. Hehe.
InsyaAllah sem ni nak skor dapat dekan kalau tak dapat takpe mungkin rezeki nanti degree sapa tahu kan. Takde dah stress dengan kelab, stress dengan roommate, kawan² hahaha. Satu je aku rasa kelakar budak yang gaduh dengan aku still lagi sekelas ingat dah tukar kelas. Mungkin la sebab kelas aku ni jenis tak ambil kisah lepas kejadian tu tak melarat sampai akhir sem kot diorang masih still kelas tu. Tapi takpe hidup mesti diteruskan, hidup ni jangan bergantung kat orang lain. Aku nak hidup lama lagi taknak la duk gaduh dengan orang lagipun dah cukup dewasa nak gaduh perkara yang remeh camtu.. hahaahhhahaah
That's all for today..
# sem ni gi trip lak suruh aku jadi tpp tapi aku malas dah.. once aku cakap taknak so taknak. Noktah.
# belanja gambar trip penang sem lepas

Dicatat oleh Unknown di 08:42 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 14 October 2016

Terrr rindu kekasih orang

Hello.. i'm back lama tak update.. Allahu :') actually now i tengah mengharungi hari² terakhir seorang student. Final examination. Sempat jaa update blog. Hahaha. Eh. Assalamualaikum lupa lak

Actually aku banyak namatey cerita nak story tapi this is the first one. Hehe. InsyaAllah jika ada kelapangan pada hari mendatang ada la tu aku update something :') hmm lets started. I know him almost berapa tahun tah tapi lama la jugak. As a bestfriend tapi lama tu something happen with my heart i mula sayang dia tapi tak lebih dari kawan tapi sayang :') apa benda tah aku ni. Actually i fight with him almost 2years because something happen actually aku taknak dah pun ingat pasal tu. Dan dalam pertengahan tahun ni sape dulu tah tegur aku kalau tak silap tu pun pasal esaimen nak kena like dan share 20 orang aku dah la lama dah tak active facebook takdak masa nak stroll benda alah gitu. After that start balik contact pakai messager kat facebook jaa. And time tu gak aku baru lepas break up dengan bodoh yang sempat aku kenai 6months jaa. 

Okay lets i'm story what actually happen 2years ago. That day before aku gaduh besar he bring me to Kota Bharu nak hantar my friend kat stesen bas. And than after he said to meet his gf dekat kb mall i like what the hell nak jumpa time gini. Actually malam around 9 oclock. Aku ni ikut jela macam ORANG BODOH and arrive dekat rumah kakak angkat dia start situ ada 'drama' and i looked he and his girlfriend gaduh besar depan mata aku siap nangis i know that my fault aku tak sepatutnya ikut dia. Dan he said to me turun dari kereta sebab nak pujuk gf dia. Apa benda ni dengan aku tak biasa dengan kawasan tu dan he leave me tercegak kat luar rumah and that kakak angkat dia suruh aku masuk rumah, aku pun tak hingin pun sebenar nak masuk tapi sebab takut something happen tu me aku masuk jugak la. At the first tu okay lagi la cakap elok lepas tu all the penghuni dalam rumah tu keluar bilik and aku sorang orang luar kat situ. Macam² dia cakap kat aku but I'm just quite and i feeling like mana menatang ni lama nak mampus pujuk. Aku cam rasa kalau aku tahu jalan aku ada kawan kat kawasan pls ambik aku hantar balik rumah. Tak sanggup kena hina. At the same time aku whatsapp kawan kitorg yang hantar kat stesen bas tu. And around 10 oclock he arrived and his gf masuk rumah dengan mata merah baru lepas nangis. I know her feeling. KENAPA BF AKU BAWAK BETINA NI :') haha lepas tu dia ajak balik. So balik la. Dalam perjalanan i quite nothing to say la after that is happen. Dalam pukul 10.30 camtu dalam on the way my mum call tanya duk kat mana aku cakap dah otw nak balik dah. And he said cakap kat ma duk kat sini (nearby with my area) reality is jauh lagi. Aku tipu

Sampai rumah around pukul 11 bapak aku tunggu siap kena marah² tapi i say nothing happen la i know how to protect myself if something happen. And solat isya' terus tidur. That the morning i get whatsapp from his, he said tolong mintak maaf dengan gf dia. Aku pun start naik hantu menangis seharian call my roommate masa kat u cerita kat dia sambil nangis². I'm crying because why i must to mintak maaf kat awek dia. Sampai aku demam pe benda salah aku, aku lak kena minta maaf and yes i didn't do that. Pe benda nak mintak maaf lepas tu terus malas dah nak amik tahu. My mum ask why sampai i demam lepas balik tu i'm said sebab sejuk air-cond aku memang takleh tahan kalau sejuk padahal huhu. Lepas terus tak contact sampai ada satu masa tu dia whatsapp tanya pasal laptop yaa yaa aku ingat semua barang aku laptop, powerbank and duit rm100 ko pinjam. Nak business konon. I support jela as friend kan. tapi aku tinggalkan dengan bluetick ja. :') Malas nak layan malas nak ambik tahu. Biasanya kalau hari minggu mesti dah tercegak kat depan rumah ajak borak tak pun keluar gi pantai. Lepas kejadian tu all my family cam pelik kenapa aku dah tak keluar. :') dan one of my brother's friend ada kereta viva datang rumah my auntie said tu kawan dah datang i don't care i know that is bukan dia. Lepas tu bawak diri gi kajang rawat luka. Actually aku baru ja balik dari kajang lepas kejadian tu gi kajang balik. And something happen again with my family. Terus balik rumah balik dalam 4hari ja kot gi sana. 

Actually tu mimpi jaa. Hahaha not happen in real life.Lagi seram memalam ni ko bunyi orang jalan. Night i will continue after my paper on monday. Wish me luck aku nak baiki pointer sem lepas yang jatuh nauzubillah

Dicatat oleh Unknown di 13:21 1 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 10 August 2016

Hai gais. Assalamulaikum. When i update my blog that mean somethings happen in my life. Serious wei ni aku mati kata dah. Mula-mula ye aku boleh terima after a few days bila baca whatsapp personal salah seorang kawan aku dengan budak tu. Aku terfikir apa pula salah aku kali ni. Aku dah banyak lalui perkara macam ni zaman aku sekolah dulu, aku taknak bila aku dah zaman masing-masing dah meningkat dewasa jadi sekali lagi kat diri aku. Sebelum ni aku ikut je flow kehidupan aku. Aku dah takboleh nak fikir.

Orang hina kerja aku bukan nak menghargai tapi serious wei aku buat kerja tu ikhlas tapi bila dah jadi gini rasa tawar hati. Ye aku bukan sape-sape, tapi jangan hina aku macam aku ni takde maruah, takde hati dan perasaan. Ye, memang ramai yang back up aku tapi bila salah sorang classmate kau jadi tak ngam kau dia rasa macam something not right in your life.

Aku pun taktahu dah nak cakap macam mana, dengar dari cerita orang-orang pun like seriously. Aku taktahu nak cerita perasaan aku macam mana. Sedih, kecewa semua ada tapi bila jadi gini, entah la. Taktahu salah apa. Aku nak je berdepan dengan budak tu tapi bila kawan-kawan aku cakap kak pedulikan je la orang macam tu, memang masalah dia macam tu. Tapi serious weh nak habiskan satu sem kelas dengan dia tu. Yaa, bayangkan hari-hari akan jumpa.

Orang akan perasan memang aku berlagak tak kisah tapi bila lagi ramai orang yang makin hari makin nampak perangai masing-masing. AKU TAK KISAH dia tu lain macam. Aku taktahu nak cerita kat sape sebab tu aku cerita kat blog. gais serious weh, aku sedih giler. Tadi lepas baca aku cam berlagak takde apa-apa terjadi tapi inside. Aku suka sangat fikir benda remeh camni last-last bukan orang tahu pun kau sedang berduka cita.

Cerita dia sebenarnya macam ni. Actually, this sem ada trip lagi kali ni kat Penang, Aku kena buat proposal, aku tak kisah pun kena buat proposal tu. Dan disebabkan tersangkut hanya disebabkan pengangkutan takde semua kena hold dulu. nak tukar tarikh ada masalah gak terpaksa ambil awal minggu tapi this just small things tapi bila orang besarkan masalah yang kecil. Tapi aku mengaku gak salah aku sebab cepat sentap.

Okay sini korang bayangkan semua atas aku kena buat aku lah setiausaha, bila setiausaha buat surat salah format kau kena edit balik macam buat benda baru balik. Lepas tu kau jugak yang kena faks, emailkan kat tempat lawatan. Aku tak kisah semua tu serious tak kisah langsung sebab kalau lepas habis kelas petang tu aku rilex je kat bilik boleh la tolong yang mana patut. Dan bayangkan semua dah deal dengan penginapan, tempat lawatan dan semua lah boleh dikatakan 90% tu dah selesai sebab bas takde je semua kena hold, sekali lagi kena buat surat tunda tarikh lak.dan suruh setiausaha tak jalan kena buat sendiri jugak sekarang ni tengah tunggu kelulusan tarikh baru. Dan surat baru akan menyusul. Hahhhahahah. dua tiga kali disebabkan sorang buat kerja lambat.

Dan issuenya di sini bila ada orang suruh kau BATALKAN TERUS benda yang 90% dah settle suruh tukar program, kau bayangkan aku stress nak mampus suruh tukar buat program lain, apa nanti tempat yang deal tu cakap kalau tunda tarikh at least takde la jadi masalah besar kan. Dan kalau batalkan proposal trip tu kena mula dari awal, bayangkan buat proposal baru, deal dengan tempat baru. Start dari awal, bayangkan sape sanggup buat kerja dua tiga kali benda yang sama. Aku sentaplah diorang pandai je cakap tapi taktahu apa kena buat nak deal tunggu sampai proposal lulus balik. Aku taktahu la nak cerita camner like seriouslah wei aku dah tak sanggup dah nak buat proposal baru dan bila aku cakap aku dah taknak buat proposal baru takde pulak yang sanggup buat. That day yang last meeting hari tu memang aku copy semua contoh-contoh surat, contoh proposal tapi takde orang yang buat kenapa.

Ke memang aku yang salah dalam hal ni? Aku taktahu lah bila orang taknak hargai kerja kau. Kalau ikutkan hati aku, aku taknak ambil kisah dah. Lantak pi la dengan trip baik aku fokus study aku dan aku lagi banyak benda nak fikir dari fikir benda kecil mana ni. Tapi takpe chill je small thing je ni. Tapi bila ingat balik kat whatsapp tu, ye aku memang bodoh, berlagak, sombong, dan semua dalam kelas tu memang panggil aku 'kak' that girls say aku bukan kakak dia. Dan kenapa memang aku bukan kakak dia kot tak perlu nak hormat wei, sape suruh hormat aku, aku pun tak kisah langsung pun pasal nama panggilan. Aku pun kalau boleh taknak orang panggil aku 'kak' tapi bila dah semua terbiasa macam tu takleh nak buat apa gak.

Aku pun sumpah seranah kat dia, like why la aku boleh jumpa that girl perangai macam syaiton, hahahah. aku nak panggil bodoh kat dia pun tak layak pun wei takleh nak bandingkan langsung dekan setiap sem aku ni sape, manusia biasa je. Hahahahah

kelas esok chill, cool berlagak macam takde pape. Tapi bila orang dah nak mulakan perang, i'm ready to start the war dengan senjata-senjata yang aku ada. Kawan-kawan aku, penasihat aku, staff kat pejabat, adik beradik jpk aku yang dah lama dah bekerjasama dengan aku dan tahu aku ni manusia macam mana. Kalau betul nak salahkan aku dalam hal kecil macam ni boleh tanya orang-orang yang rapat dengan aku, macam mana gerak kerja aku. Just chill girl orang yang rapat dengan kau je yang betul-betul tahu kau ni manusia macam mana. That all.. Gudnite gais. :)


Dicatat oleh Unknown di 10:43 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 4 March 2016

Luah perasaan. KAH!

Assalamualaikum

Rutin seorang student kurang sebulan nak habis sem. Tak pernah lagi sampai kena minta duit kat mak ayah. Allah tak sampai hati. Aku memang bergantung 100% duit PTPTN tu la duit nak sara diri, duit makan, duit beli buku-buku, aku sepanjang dekat uni ni.

Tak sampai hati, tak kuat nak mintak duit ma abah, tahu kalau minta mesti diorang bagi tapi bagi aku berat sangat nak minta duit kat diorang tengok diorang susah payah cari rezeki. Bila dah besar kalau boleh taknak dah susahkan ma abah kalau bab duit ni tapi betul-betul mencabar sem ni semua nak kena pakai duit.

hm. semalam balik rumah, hari ni dah datang balik sini kalau diikutkan hati taknak mai dah sini tak sempat nak spend time together dengan famili. Tu ada orang cadangkan kat aku, cuti sem ni pergi la cari kerja dapat cover duit tapi kau tahu tak masa tu je aku ada nak tolong ma aku kat rumah. Dulu tiap-tiap minggu boleh balik sekarang kadang-kadang sampai kena korbankan masa nak rehat, nak study. Orang takkan faham situasi kita.

Kawan aku cakap mana pergi duit yang dapat means duit pt la. Aku ni taktahu la baik hati sangat kot nak jaga hati orang aku diam je. Aku rasa baik aku pendam, sekarang tengah belajar control baran, huhu. Omaigod lari topik. Dalam hati aku Tikah takpe benda ni kau kena sabar, abai kata-kata orang dirong takkan faham apa yang kau hadapi takkan faham situasi kau.

Jiwa sekarang makin sensitif, perempuan kadang-kadang tak faham apa sebenarnya diri diorang nak dalam hidup ni semua tak kena, haha, betul la tu. Omaigod aku over excited ni wifi laju gila kot malam ni. Alaa, lupa hari minggu.

Sampai di sini sahaja. Tengah menghadapi hari-hari sukar sebelum final. Test 2 this week. Omaigod. Gudnite everibadi. sweet dream.


  
Dicatat oleh Unknown di 08:53 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 21 February 2016

Trip To BNM

Assalamualaikum..

Allah bersarang, berhabuk dah blog ni lama tak update sampai dah makan tahun. Muahaha. Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan untuk update. Rindu baq hang nak update.

Bulan lepas seminggu sebelom cuti CNY kelas kitorang adakan Trip ke Bank Negara. Proposal, contact pihak Bank Negara semua kena handle sendiri. Haa..tapi ini lah dipanggil pengalaman mengajar kita dewasa wah! Aku dalam organisasi tu sebagai TPP you know TPP Timbalan Pengarah Projek sem ni saja 3 kali dah jadi TPP bukan berlagak ke apa sekali kau pegang amanah tu sebelah kaki kow dah kat neraka aku pegang ayat tu masa first aku terpilih pegang jawatan besar kat kolej ni. Ya Allah aku rasa berlagaknya tak eh, ni aku cerita je. Jauhkan aku dari sifat riak ;'(

Back to the story, buat proposal jumpa penasihat alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, seminggu tu wajib gi jumpa penasihat. Berkejar-kejaran nak siapkan proposal dan akhirnya settle tunggu masa pegi je. Budget alhamdulillah 10% je ke potong dari budget asal okay la tu.

Seronok, best time tu la nak hilangkan stress kat sini. Pegi sana lebih kurang hilangkan stress gitu. Haa. Takde apa pun sebenarnya nak update. Tapi satu je aku akan ingat sampai bila-bila inilah kenangan yang takkan aku lupakan sampai habis sem. Eh!




ohmaigod miss this moment. Harapan sem depan boleh pergi trip camne pulok :D

Dicatat oleh Unknown di 10:08 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

36967

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ►  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ▼  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ►  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.