-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Sunday, 11 May 2014

EDIT BELOG PART II

Assalamualaikum

Peace yoo. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan, ditunggu-tunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya, belog aku nampak tersusun kemas sedikit. Tak der dah masalah yang aku war-warkan dalam entry sebelum ni. Suka cheq noo sampai ke telinga u'olss. Tapi ada satu lagi first masuk belog tu kena "click here" satu lagi benda yang aku menyampah. Aku godek-godek HTML tak tahu benda ni duk kat mana, siapa lah yang edit dulu-dulu ni. Muehehe. Aku lah tu, tapi lupa woo duk kat mana.

Sekarang nak cari background, ciri-ciri... Amboi siap dengan ciri-ciri u'olss. 
  • Ciri pertama : Mestilah matang seperti usia aku yang semakin tua
  • Ciri kedua : Simple
  • Ciri ketiga : Kemas
  • Ciri keempat : Kacak bergaya
  • Ciri kelima : Cantik, lawa, pinky. Gegurl kam?
  • Ciri keenam : Colour lemah-lembut gemala. 
Lepas selesai semua ni. Nak blogwalking dan FOLLOW blogger otai, senior. Sasaran aku 7 orang akan follow belog aku dalam masa sebulan dari SEKARANG!! ☺ Dengan penuh semangat! Muehehe.

Jumpa di entry seterusnya.



Dicatat oleh Unknown di 01:29 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 10 May 2014

EDIT BELOG

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni, edit sikit belog aku yang entah pape ni. Huh! semangat penat gak edit benda ni. Aku banyak tengok tutorial dari blog Kak Uzu, mudah dan senang untuk di fahami, terima kasih akak.

Sekarang misi kedua aku, aku nak buang bintang yang berkelip-kelip dan perkataan yang bergerak bila mouse pon gerak eh, gitu eh? tak pe lah asalkan faham. Muehehe. Yang tulis 'Seharum Lavenda' tu aku naik pening dan menyampah aku tengok benda tu. Cari HTML dia tak jumpa-jumpa lagi. Aku tengah duk belajar edit-edit benda ni kalau dah buntu tak der jalan penyelesaian aku upah orang edit belog aku. Kang senang.

Kalau diikutkan memang sayang woo duit, dasar taik hidung masin, Haji Bakhil. Muahaha. sebab, kerana, because benda ni boleh buat sendiri tapi takpe lah jarey-jarey untuk cantikkan belog bukan selalu pon kan. Eh, aku bebel apa ni? Muahaha.

Cantiknya belog Emas Putih kan. kan. Bilalah aku nak ada belog cantik dan kemas macam ni. *wink {ngoya di depan pc} ♥

TRANSLATE  : KELATE → KOLUPOR

Jarey-jarey → Jarang-jarang
Ngoya → Angau 
Kolupor / Kolo Lupo → Kuala Lumpur

p/s *loghat kelate sometime aku pon tak tahu macam mana nak jelaskan maksud sebenar perkataan tu. 





Dicatat oleh Unknown di 22:23 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SEDANG DI NAIK TARAF

Assalamualaikum

belog "BEING UPGRADED BY OWNER" entah betul ke idok ayat yang aku tulis tu. Siap lengkap buat header lagi. Tak pandai aih omputih ni, tu pon aku mai google translate je. Tenkui Encik Google. Nak buang benda entah apa-apa kat belog aku ni, aku tengok pon sejuta kali menyampah. Fening fon ado engkou. 



Aku edit ni pakai Pizap kat fesbuk [link]. 'Eii, entah apa-apa budak ni edit'. Yes, memang aku tak pandai mengedit lebih-lebih lagi kat belog. Harap tunjuk ajar daripada senior. Tunjuk ajar ku sifu!! ekekeke ♥♥♥♥♥♥



Dicatat oleh Unknown di 00:47 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 9 May 2014

TIPS JIMAT PERBELANJAAN

Assalamualaikum

Memandangkan aku tengah boring giler nak mampus dan memandangkan blog aku ni haa bersawang macam..... macam.. errrr~~ Aku nak share tips-tips untuk jimatkan perbelanjaan kite-kite ni haa, lebih-lebih lagi macam aku ni 'teenager' nafsu membeli belah entah apa-apa semua benda berkenan.

1.  Elakkan LIKE atau FOLLOW ig, fb dan lain-lain laman sosial butik online. 
Banyak gilerr sekarang ni butik online, aku pon kekadang naik giler bila ada sale dan diorang update koleksi baru diorang semua lawa uloss. Aku sendiri pon LIKE lebih 20 butik online kat fb, nasib baik laa aku tak de ig kalau tak makin menjadi-jadi.
     
2.  Jangan bawa duit terlalu banyak dalam dompet anda.
Kalau aku biasanya aku bawak 50hinggit je kalau gi mana-mana tak kira lah pasar malam ke pasar minggu ke jadi time tu boleh lah kite-kite ni haa menghadkan perbelanjaan.

 3. Letakkan sasaran anda untuk membeli sesuatu
Contohnya, sekarang ni sasaran aku nak beli handphone dulu sasaran aku dari samsung s3 → s4 → s4 zoom → note2 → s5 → note3 dan sekarang ni oppo. Masih terbayang-bayang lagi pasal semalam akak aku beli OPPO R831. Jeles aih. Motor → kereta → bas nanti ramai boleh tunpang → kapal terbang → jet peribadi. ? Muehehe. macam tak logik je, macam menipu je.

4. Jika keluar dengan mak ayah jangan bawa dompet.
Ni tips paling hebat! andaikan korang nak keluar mana-mana dengan family melainkan holiday! jangan bawa duit, macam aku ni haa kerja tak tetap selalu keluar tak bawa duit, aku bawa handphone je. Handphone aku pon masuk dalam handbeg mak aku. Rasa macam menyusahkan je bawa handbeg. muahehe. Kalau diorang singgah kat pasar malam ke, bodek punyer bodek untung-untung dapat selai baju uloss.

5.  Lihat barang yang anda berkenan macam anda tengok ex anda.
Menyampah! macam tu lah kang takkanlah tengok kat ex senyum-senyum pulak kan. Korang tengok lepas tu buat jelingan maut kat barang yang uloss berkenan, dalam hati dan fikiran anda " nanti aku mai lain kali lagi cantik design baju ni" dan cepat-cepat meninggalkan tempat berkenaan.

Tu je lah tips aku. Kalau ada tips lain aku kongsikan lagi. Salam kasih sayang ♥



sumber google


Dicatat oleh Unknown di 22:11 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ▼  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ►  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ►  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.