Pages

Wednesday, 14 May 2014

KembarKu

Assalamualaikum


Tu gambar aku dengan kembar aku masa ni dalam umur 6/7 Tahun aku pun tak pasti jugak tapi tengok kat gambar tu tarikh 24 Feb 2001. Bila dah besar ni nak ambik gambar sekali pon dah malu-malu. HeHe. Tapi sumpah aku rindu sangat kat adik aku, sekarang dia duk kat Kajang aku kat Kelate. Belajar berpisah lah konon. Beza umur kami lebih kurang 5 minit je. 

Dari aku Pra Sekolah sampailah Tingkatan Lima sekolah dan kelas semua sekali. Tapi paling sedih time nak masuk Tingkatan 2 kena asing kelas. Memang giler ah masa tu tapi kena teruskan jugak hidup dan ketika peperiksaan Tamrin Tansiq 1 (peperiksan perenggal 1) aku dapat nombor Tigapuluhlebih dalam kelas daripada Empatpuluh orang aku kena turun kelas dan still balik sekelas dengan adik aku. Baru boleh fokus belajar sesama. Hiks.

Lepas SPM, isi UPU semua sama tapi alih-alih dapat tempat berbeza aku dapat kat Kuala Lumpur dia dapat kat Kelantan tapi ambik keputusan tak sambung belajar. Dalam pertengahan tahun lepas ambik keputusan nak berpisah, nak try lah konon, boleh dikatakan setiap hari call masa duk sekali tak der sangat cerita tapi bila berpisah cerita sampai tak habis nak kongsi sesama. Muehehe. 

Abang sulong aku memang tak panggil kak dan adik dia panggil "kembar" sampai sekarang, now aku sorang duk kat rumah barulah aku boleh dengar dia panggil "kak" kat aku kalau adik aku balik kampung dia panggil "kembar" balik. Aih! tak boleh beza sampai sekarang.

Masa kat Sekolah Menengah kami ada geng kembar, 5 pasang kembar termasuk aku dan adik aku. Sekelas okeh! (bayangkan~) tapi diorang ada gak yang lain-lain kelas. Nanti aku kongsi cerita tapi next entry lah.

Baju raya? boleh dikatakan semua sama, selipar, kasut, beg sekolah semua sama kalau beza pun colour. Bila dah besar ni je lain-lain. Malu~. Patung hello kitty dulu ada sekarang pun ada. HeHe dah besar panjang tapi perangai masih macam budak-budak. Adik aku dulu dia ada blog tapi dah padam sebab takda masa nak update dia yang kata.

Contoh kalau keluar bandar, aku keluar dia tak keluar aku rasa berkenan kat baju tu dan ada yang sama design tapi beza colour aku akan beli jugak kat dia begitu jugak sebaliknya tak beli kang sia-sia dia pakai baju aku. kedekut. Tapi antara kami takda la nak beza tu hak aku ni hak kau. Hak kau hak aku jugak. Muehehe. 

Sampai sini sahaja cerita aku. Nak tulis panjang-panjang nanti boring pulak.. HeHe. Sekian....... ♥

p/s : cute tak? phuii perasan



Tuesday, 13 May 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum

Terutama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi follow blog buruk aku ni. Terharu sangat. (lap air mata), tapi saat aku tengah syok giler blogwalking tadi internet kat sini buat hal.. WoWo sakit hati tak terhingga. Esok aku sambung balik blogwalking dan cari balik blog-blog yang hilang dari radar tadi. Sedih woo, tetiba je hilang dan internet buat hal.

Dan aku nak ucapkan SALAM PERKENALAN kepada semua followers baru blog aku. Terima Kasih!! Salam kasih sayang cinta dari aku

p/s : Takleh nak tulis panjang-panjang kena bersiap nak balik keje dah. Nak tahu aku keje apa baca [sini]


Monday, 12 May 2014

Follow

Assalamulaikum

Apa khabar semua hari ini? Hari ni terlebih rajin lah pulok. Singgah blog dan follow! Ewahh. terlebih rajin hari ni. Maaflah kalau yang singgah blog aku ni. Menyampah tang first kali masuk blog ni. Aku dah tak tahu dah nak pakai bomoh apa nak buang benda tu. Still jugak melekat kat situ. Habis jampi serapah aku guna tapi takleh pakai jugak. Adoi. Maaf sesangat!

p/s : Moh ler follow blog ni ^_*

OWNER BLOG




Assalamualaikum. hai dan hello, Nama aku Atikah, nama panjang aku Wan Nor Atikah Binti Wan Abdul Aziz. Nak panggil aku apa pun aku tak kisah Atikah ke, Wan ke, apa-apa je lah yang pasti ada kaitan dengan nama aku muehehe sebab orang kata hidup ini bukanya lama boleh cuma sekali so.. ehem! hehe.. Dan juga boleh panggil aku MexKaq tapi ejaan betul Mek Kak, saja eja cam tu baru nampak awesome (phui perasan).Why Mek and why Kak ? Alkisahnya, 'Mek' mean kat Kelate macam manja lah (manja lah saangat!) And 'Kak' family dan orang terdekat tapi aku tak kisah pon kalau orang jauh pon panggil camtu. Muehehe

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Means i'am a Kelantanese gurlz. Baru sweet 19 tahun uolss on 4 April yang lalu. Aku budak lepasan SPM tahun 2012. Atas sebab-sebab yang tidak dielakkan aku tak sambung belajar. sob~ sob~ tapi In sya Allah satu hari nanti. Amin. Aku anak yang ke tiga daripada 5 orang adik-beradik dan aku adalah sepasang kembar that why email aku ada twins.
Kembar aku nama dia Afifah. Nanti aku update entry pasal kami. Titik, noktah dan full stop!

Aku mula create blog ni 2011 kalau tak silap lah dan tahun ni kembali aktif berbelog In Sya Allah. Blog aku takder genre, aku sendiri anggap blog aku ni blog suka hati, aku rasa nak update aku main update ikut perkara yang ada dalam kotak pemikiran aku dan blog ini juga boleh dikategorikan sebagai blog rojak ayam. And the other things is i'd like to say that, aku suka guna ganti nama 'aku' dalam blog walaupun agak kasar tapi ia memberi keselesaan untuk aku menulis dan ada kemesraan di situ. HeHe

Tu je about owner blog ni. Aku pun dah kekurangan idea. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi view blog aku yang buruk dan serba kekurangan ni. Aku mohon tunjuk ajar daripada yang aktif berblog dan aku anggap aku newbie dalam dunia ni walaupun usia blog aku dah mencecah 3 tahun. Banyak lagi yang aku perlu belajar dan perlu tahu dalam dunia blog ni. Terima kasih ^_*

p/s : Dan macam karangan pulak. HoHo, gamba tollow.