![]() |
| belanja gambar sikit |
Monday, 17 August 2015
Haaaaiiiiiiiii
Thursday, 1 January 2015
Throwback - ke Kuala Krai
Assalamualaikum
Selamat pagi hari yang dingin..argh!! sejuk nye. T_T okey-2 selasa lepas kalau tak silap aku lah. Famili aku pergi ke Kuala Krai tempat yang paling terjejas akibat banjir baru-baru ni alhamdulillah pergi untuk memberikan sumbangan peribadi. Kalau tak silap aku Kampung Ghucil lebih kurang sejam dari bandar Pasir Puteh, kitorang bertolak lepas solat zohor.
Sepanjang jalan pun dah nampak bagai mana situasi tu paras air separuh pokok, kereta tersadai di bahu jalan dan ada barang-barangan penduduk tersangkut kat pokok. Allah.
Tak dapat bayangkan kalau aku di tempat mereka, air yang melimpah sehingga ke paras bumbung rumah dan ada juga penduduk yang kehilangan rumah mereka berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan mereka.
Lepas tu famili aku singgah dekat dengan rumah seorang uncle chinese tengok situasi kat area situ. Uncle tu cakap semua jiran dia tak tahu pegi mana kat tempat pemindahan banjir pun diorang tak jumpa mungkin dekat rumah famili diorang kot tinggal uncle tu sorang je area tu duk kemas peralatan rumah yang berlumpur dan dia cakap wife dia dekat tempat pemindahan.
Okay lah sampai di sini sahaja untuk kali ini. Bawah ni aku share gambar tapi tak banyak lah sebab aku banyak ambil video. Sekian.
Wednesday, 31 December 2014
Welcome 2015
Assalamualaikum..
Lebih kurang beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru..wahhh.. excited!! Dan tepat tengah malam ni aku akan melangkah ke alam angka 2..eh? Muahaha
Ni adalah last post aku untuk tahun ini. Tahun 2014 pelbagai suka dan duka dapat aku tempuhi alhamdulillah aku dapat handle semua masalah walaupun kadang-kadang ujian tu tak dapat untuk aku tempuhi seorang diri tapi aku tahu semua tu perancangan yang terbaik dari Allah..sob sob (lap air mata)
Memandangkan tahun 2015 adalah tahun permulaan aku berangka 'dua' jadi azam aku adalah untuk terus maju kehadapan dan diharapkan tidak akan hadir orang-2 yang akan menyusahkan hidup aku..HaHa..amboi kemain.
Sekian sahaja untuk tahun ini dengan ucapan HAPPY NEW YEAR!!!
p/s tunggu post aku yang seterusnya omkey ('',)v
Wednesday, 3 December 2014
New life
Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana diizinkan untuk update blog..lama aih tak update..
Aku update pakai phone..ni entry first tau..sekarang ni baru boleh rasa nak hargai handphone baru..wakaka..
Alhamdulillah..setelah penat lelah selama 4 bulan dalam bidang pra diploma akhirnya dapat jugak sambung dalam bidang diploma..syukur alhamdulillah dapat course yang aku minat dari dulu lagi Diploma In Banking Studies masih still lagi di tempat yang sama nasib baik..mueheh..
Pointer aku okey lah 3.lebih tapi tak dapat dekan laa..hehe tapi In Sha Allah kali ni aku akan berusaha bersungguh-sungguh (hamboi semangat) wish me luck!!
Nak post gambar tapi tak tahu nak klik kat mana T_T..sadiss!!

