-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Friday, 4 March 2016

Luah perasaan. KAH!

Assalamualaikum

Rutin seorang student kurang sebulan nak habis sem. Tak pernah lagi sampai kena minta duit kat mak ayah. Allah tak sampai hati. Aku memang bergantung 100% duit PTPTN tu la duit nak sara diri, duit makan, duit beli buku-buku, aku sepanjang dekat uni ni.

Tak sampai hati, tak kuat nak mintak duit ma abah, tahu kalau minta mesti diorang bagi tapi bagi aku berat sangat nak minta duit kat diorang tengok diorang susah payah cari rezeki. Bila dah besar kalau boleh taknak dah susahkan ma abah kalau bab duit ni tapi betul-betul mencabar sem ni semua nak kena pakai duit.

hm. semalam balik rumah, hari ni dah datang balik sini kalau diikutkan hati taknak mai dah sini tak sempat nak spend time together dengan famili. Tu ada orang cadangkan kat aku, cuti sem ni pergi la cari kerja dapat cover duit tapi kau tahu tak masa tu je aku ada nak tolong ma aku kat rumah. Dulu tiap-tiap minggu boleh balik sekarang kadang-kadang sampai kena korbankan masa nak rehat, nak study. Orang takkan faham situasi kita.

Kawan aku cakap mana pergi duit yang dapat means duit pt la. Aku ni taktahu la baik hati sangat kot nak jaga hati orang aku diam je. Aku rasa baik aku pendam, sekarang tengah belajar control baran, huhu. Omaigod lari topik. Dalam hati aku Tikah takpe benda ni kau kena sabar, abai kata-kata orang dirong takkan faham apa yang kau hadapi takkan faham situasi kau.

Jiwa sekarang makin sensitif, perempuan kadang-kadang tak faham apa sebenarnya diri diorang nak dalam hidup ni semua tak kena, haha, betul la tu. Omaigod aku over excited ni wifi laju gila kot malam ni. Alaa, lupa hari minggu.

Sampai di sini sahaja. Tengah menghadapi hari-hari sukar sebelum final. Test 2 this week. Omaigod. Gudnite everibadi. sweet dream.


  
Dicatat oleh Unknown di 08:53 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 21 February 2016

Trip To BNM

Assalamualaikum..

Allah bersarang, berhabuk dah blog ni lama tak update sampai dah makan tahun. Muahaha. Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan untuk update. Rindu baq hang nak update.

Bulan lepas seminggu sebelom cuti CNY kelas kitorang adakan Trip ke Bank Negara. Proposal, contact pihak Bank Negara semua kena handle sendiri. Haa..tapi ini lah dipanggil pengalaman mengajar kita dewasa wah! Aku dalam organisasi tu sebagai TPP you know TPP Timbalan Pengarah Projek sem ni saja 3 kali dah jadi TPP bukan berlagak ke apa sekali kau pegang amanah tu sebelah kaki kow dah kat neraka aku pegang ayat tu masa first aku terpilih pegang jawatan besar kat kolej ni. Ya Allah aku rasa berlagaknya tak eh, ni aku cerita je. Jauhkan aku dari sifat riak ;'(

Back to the story, buat proposal jumpa penasihat alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, seminggu tu wajib gi jumpa penasihat. Berkejar-kejaran nak siapkan proposal dan akhirnya settle tunggu masa pegi je. Budget alhamdulillah 10% je ke potong dari budget asal okay la tu.

Seronok, best time tu la nak hilangkan stress kat sini. Pegi sana lebih kurang hilangkan stress gitu. Haa. Takde apa pun sebenarnya nak update. Tapi satu je aku akan ingat sampai bila-bila inilah kenangan yang takkan aku lupakan sampai habis sem. Eh!




ohmaigod miss this moment. Harapan sem depan boleh pergi trip camne pulok :D

Dicatat oleh Unknown di 10:08 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 22 August 2015

INGATLAH

ASSALAMUALAIKUM

      Ada la dulu aku baca kat mana tah. Lupa. Haha. Kalau kita rasa diri down ke, resah gelisah ataupun down cuba buka al-Quran buka page secara rawak lepas tu tengok maksud ayat tersebut. 

       Lepas aku baca yasin lepas maghrib tadi duk rilex, tenangkan jiwa..cehh aku try lah buat tips tadi emm tips kot entah.. hukhuk. Aku tutup Quran dengan lafaz bismillahirohmanirohim mata aku fokus ke page 252 aku baca surah tersebut dengan maksudnya sekali and the end aku jumpa ayat tu dah ye, betul. Astagfirullah.

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (surah ar-Ra'd ayat 28 juzuk 13)

       Aku flashback balik minggu-minggu sebelum ni. Ada lah seminggu aku busy sangat sampai lagha, lalai. Duk tengah solat ingat benda lain, solat cepat lepas solat tak zikir kalau lepas magrib tak baca yasin. Erm. ALLAH ALLAH laghanya time tu.

       Aku nak masuk gamba ayat tadi tapi aku update pakai phone je. Benda ni kecik susah sikit. Aku boh dalam ig bukan nak menunjuk ke apa ke tak sesekali just nak share disebalik semua tu.

       Banyak benda kita tak sedar yang kita buat sampai lalai. Hati aku tak tenang semenjak dua ni sebab entah. Nafas pun tak berapa nak lepas. Aku baru je lepas kem tak penah-penah aku hidup 20tahun ni tetiba lari semput, aku nak puji lah pengurusan time kem tu sebab care la time aku semput tu tak penah pun diri sampai manja camtu. Cam pelik juga lah tetiba je.

       Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi tu aku redha nanti balik cuti minggu nak pi jumpa doktor wak medical check up. Sampai sini sahaja in sya Allah jumpa di next entry. Sorry pasal gambar dah tak tahu dah buat camne tak keluar-keluar juga.

p/s : tengah merancang nak buat second giveaway cuti sem nanti. Follow my ig.... @_atikahaziz

     


Dicatat oleh Unknown di 08:28 3 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 18 August 2015

Hilang motivasi diri

Assalamualaikum

       Pernah dak rasa korang kemain fokus dalam sesuatu perkara lepas tu tetiba papp semua malaih study, makan, riadah petang-petang. Yang tahu nak tidoq ja. Lepas tu minggu tu ada 3 4 test sekali gus. Tak pandai nak budjet masa. Semua berlaku secara spontan. Aku malas ni, aku malas tu. Tapi nak lulus dengan jayanya dalam subjek tu. GILA!!!!

       Dan lepas tu borak dengan kawan "eh aku rasa nak drop je subjek ni, tak mampu nak bahagi masa" lepas tu aku pikir balik kenapa kawan-kawan aku boleh aku tak boleh, diorang lagi busy dari aku aktif berpersatuan aku lepak je dalam bilik main phone lepas tu kalau rasa free sikit layan running man. Diorang dapat skor dalam semua quiz test semua la. 

       Kalau balik rumah nak cerita pasal result kat ma abah semua tu tak sampai hati sebab semua test boleh dikatakan 'lerak'. Down giler. Dulu rajin sekarang perkataan rajin tu cam hilang. Hilang motivasi diri bukan mudah nak upkan balik motivasi diri. Mana semua itu menghilang please kembali la.  Tapi kena berbalik pada diri sendiri pulak.

       Ada kata-kata aku pernah baca 

SETIAP KALI KAMU RASA SEPERTI MAHU MENGALAH KENANGKAN WAJAH-WAJAH MEREKA YANG KAMU CINTAI DAN INGAT KAMU PERLU BUKTIKAN PADA MEREKA YANG MAHU MELIHAT KAMU BERJAYA 

       Hater you make me strong. Cehh.. ayat. Ada lah aku perasan dua tiga orang dalam kelas perangai cam gini haa tapi malas nak ambik tahu yang penting aku gembira dengan hidup aku. Cewahh. Aku bukan nak burukkan mereka tapi macam aku cakap tu diorang yang buat aku lagi kuat dan lagi semangat.

      Tadi dalam kelas madam bagi la semangat sikit, bagi motivasi. Apa yang dia cakap tu semua yes, i agree. Masa belajar ni main-main cuba nanti nak meningkat kat alam pekerjaan mampu ke dengan cgpa yang cukup-cukup makan. Fikir kat situ nanti lagi banyak persaingan.

       Aku ni jenis manusia tiap-tiap hari kena bagi motivasi kalau tak haa malaih memanjang tak sedarkan diri. Sedar diri sedar diri. 😣😣. Final dalam 7 minggu lagi kalau tak silap aku. Haa.. sudah.

P/s tolong bangkitkan semangat saya untuk terus berjaya di dunia dan yang paling utama di akhirat nanti.



       
Dicatat oleh Unknown di 23:24 2 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ▼  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ►  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ►  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.