-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Wednesday, 12 September 2018

Perjalanan kebahagian dan ketentuan

Assalamualaikum.. After a longgggggg time ni pulak baru update. Sekarang ni nak update pun kena ikut mood time moodnya kelaut maka kelautlah penulisan nya tak gitu? So far aku harap ada lagi lah golongan yang baca blog ni ye ye tahu sekarang ni lagi ramai update dalam instagram, twitter dan Tik Tok nasib baik la phone aku selamat lagi dari aplikasi Tik Tok. Huhuu

Okay lah actually takde apa pun sebenarnya saja luangkan masa yang tak terluang ni walaupun baru je week 2 assignment dah berlambak-lambak nak kena buat tapi rilex la kena chill chill asyik 24hours je stress.

Hm.. ye hidup ni makin lama makin sunyi maksud aku makin tua ye lah 23 Tahun pun masih lagi struggle duk degree kawan-kawan yang sebaya dah kahwin dah kerja. Ok sebelum aku mulakan cerita aku nak cakap satu je walaupun lambat mana pun kita duk tuntut ilmu tu Allah akan tolong tau. So far aku ada satu sem lagi la lepas ni dah intern Alhamdulillah walaupun result tu tak seperti yang diharapkan tapi jangan pertikaikan kuasa Allah setakat itu je kita mampu maka percayalah pada janji Allah akan ada kebahagiaan satu hari nanti.

Aku rasa perjalanan hidup aku ni semuanya baik smooth haa gitu.. Dari Pra Diploma ke Diploma ke Degree sekarang ni semuanya berjalan dengan lancar walaupun SPM dulu dapat 1A je tu pun Matematik yang lain hempeh. Nangis kemain masa dapat result sebab skor Sains dapat A tapi tak. Hahaha Ma dan Abah je la yang duk support. 

Lepas tu of couse la budak sekolah agama kena ambil STAM kan so aku buat keputusan yang paling paling aku rasa aku bantah orang tua aku tak masuk tingkatan 6 sebab apa sebab memang aku bab-bab menghafal aku slow orang dah sampai KL aku baru duk kat tangga bas haa gitu la boleh dianggap. So ramailah yang tanya kenapa tak sambung kenapa kenapa dan kenapa so jawab je lah taknak siksa diri. Ye tahu tu semua ilmu agama ilmu akhirat tapi kalau kau belajar sampai habis pun attitude kau tak mengambarkan kau budak sekolah agama or budak yang ambil STAM baik tak payah senang cerita kau takleh follow orang lain punya kebolehan menghafal.

Tu keputusan aku pada permulaannya. Lepas tu dapat keputusan UPU aku dapat Diploma Seni Reka Grafik. Masa something happen to my family jadi tolak la tawaran tu walaupun dapat elaun bulan-bulan dah disebabkan ada orang hasut ma abah aku jadi tolak la tawaran tu ye bila sekarang ni menyesal sebab kau tengok berapa banyak company perlukan pereka grafik, berapa banyak sekarang pereka grafik yang boleh buka kedai sendiri? haa masa ni kau fikirlah Allah dah rancang baik-baik untuk kau.

Okay dah tolak tepi pasal tu dan kerja, kerja pun dekat kedai my uncle 2 tahun aku tak silap, sebab aku nak berhenti kerja jadi kena cari sebab yang munasabah jadi nak dijadikan cerita masa tu ada seorang budak laki tu print borang Pra Diploma UiTM so aku taktahu pun pasal ni jadi aku bacalah sedikit sebanyak info actually kalau kau google memang tak banyak sangat info tapi sekarang ni banyak dah kot aku pun tak sure jugak. So isilah semua berserah kalau dapat maka dapat kau tak sampai ke tua aku kerja situ. Sebab apa aku nak berhenti sebab aku pernah kena gangguan seksual daripada pelanggan kat situ dan tak sanggup tengok kat PC customer buka toto kebenda yang judi tu aku pun taktahu dan laman web porn sememangnya aku tak berani nak halang kita perempuan diorang laki haa kalau jadi pape kita yang terseksa.

Lepas a few month dapat lah tawaran tu dengan Bahasa Inggeris dapat D kau bayangkan masuk UiTM yang fully English mana tak nangis aku hari-hari duk tunggung terbalik pun akhirnya habis Pra Diploma dengan pointer 3.27. So, masa duk pra diploma tu boleh memohon untuk penerapan ke Diploma so, sambung Diploma in Banking Studies kenapa banking? sebab masa tu fikir banking banyak kira-kira daripada theory tapi tak sama je mana-mana pun kehadap juga. Hm, masa semester 4 tak silap aku dapat email daripada Biasiswa Destini Anak Bangsa. Syukur alhamdulillah tak sangka tergolong daripada pelajar-pelajar terbaik daripada Pra Diploma ke Diploma yang dapat 3 lebih setiap sem so hantar borang kat Hal Ehwal Pelajar kena hantar result daripada semester 1 hingga semester 3 dan masih tak harapkan pape akhir sem 4 tu dapat lah biasiswa tu setiap sem dapat RM1200 jadi 3sem dapat dalam RM3k lebih masa tu hujung sem tahu tahu la macam mana nak hidup.(aku taksure sem berapa 4 ke 5)

Tu la orang kata kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita perjalanan hidup kita so aku sambung lagi masa sem 5 dapat lagi surat untuk hadir Majlis Kecemerlangan Pelajar kena hantar segala sijil-sijil yang ada, aku aktif dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) satu tahun (sem3 dan 4) masa ni nak jadi JPK pun kena undi-undi tak sangka daripada 15 ke 20 orang dapat top 10. Tu aku kata smooth je perjalanan hidup aku walaupun banyak ranjau dan rintangan yang perlu dihadapi. So, masa cuti study week dapat panggilan daripada HEP tanya dapat attend tak majlis tu so aku tak pergi sebab duk rumah dah masa tu jadi entah la dapat ke tak anugerah tu dah tak kisah dan keputusan akhirnya semester 5 last sem alhamdulillah takpernah dapat dekan akhirnya dapat dekan last semester dengan GPA 3.30 cukuplah dapat aku banggakan.

dan dalam duk kalut ribut semua tu kena hantar result sem akhir kepada pihak biasiswa mungkin kalau rendah daripada yang diskorkan kena tarik balik biasiswa tu. Lepas tu dapat pulak la baki selebihnya untuk 2 semester jadi simpan duit tu RM1k dalam ASB dan selebihnya untuk sambung Degree. Bayar first yuran dengan duit biasiswa tu plus duit rumah sewa semua tu dengan duit tu.

sekarang dah degree doakan aku mampu buat yang terbaik. Oh sekarang ni aku sedang mengikuti dalam bidang Bachelor of Business Administration (Hons.) Finance. Ya Allah ayat formalnya Hahaha. InsyaAllah segala kudrat segala titik peluh segala perjalanan yang aku tempuhi alhamdulillah yang pasti kau kena percaya yang Allah sentiasa ada disisi dan ibubapa yang selalu menyokong yang tiada bandingnya.

p/s nantikan siri 2 pasal rezeki pulak 
Dicatat oleh Unknown di 08:25 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 31 March 2018

support business

Assalamualaikum apa khabar? Ya Allah lama betul tak update rasanya hampir dua tahun dah.. tapi serius aku cakap rindu betul dengan blog lebih-lebih lagi time buat giveaway tu time tu seronok nak mati tapi apakan daya masa tu gak dapat tawaran sambung belajar jadi pass jelah dekat sponsorship.. Haha

IsyaAllah tanggal 11 April 2018 ni aku konvo, ni macam hadiah untuk diri sendiri lah birthday aku 4 April jadi macam reward kat diri sendiri gitu walaupun umur dah 23 tahun baru nak konvo! tapi serious lah aku cakap aku rasa tahun ni paling bermakna buat aku. So wish list aku untuk tahun ni dah 45% dah tercapai. hahah alhamdulillah ('',)

Sekarang ni dah degree alhamdulillah so far so good, sekarang ni dah sem4 dan tahun depan sem5 after that intern, bahagia-bahagia pun PTPTN jangan lupa lak nak bayar tak gitu? hahaha

Actually aku ada benda nak share so gunakan kuasa blog untuk like page aku  https://www.facebook.com/aabeautylips/  please like guys ni markah untuk individual assignment aku jual lipmatte je. Tak beli takpe janji like and follow page tu T_T serius i need your help untuk assignment sem ni. THANK YOU SO MUCH
Dicatat oleh Unknown di 09:37 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 3 January 2017

Keyboard lock/off Laptop Asus

Assalamualaikum..
First sekali sebelum aku mula kan entry hari ni sama-sama kita doakan semoga banjir besar di negeri kelantan tidak berlaku sekali lagi sebab hujan dah 3 hari tak berhenti²

Okay.. alkisahnya begini laptop aku tetiba naik Asus vivobook lepas tu aku pun tengok dekat touch pad tu on punyer la taktahu apa benda tu tetiba on jadi aku gi off tup-tup anak panah dalam tu tak gerak mau tak meroyan sebab tengak siapkan proposal trip sem ni. Sedih bakhang guna je la keyboard apa semua tu tapi susah Ya Rabbi.

Aku serius tak reti langsung guna shortcut contoh macam fn + f (nombor) yang aku tahu f11, f12 sebab sound yang lain taktahu apa benda fungsi tu. Kalau ctrl lagi lerr. Huhu sedih!

Lepas tu sehari jugak lah laptop aku sleep bodoh camtu je. Nak shutdown taktahu kat mana. So kalau ada yang hadapi masalah cam aku ni senang je..

fn + f9

Korang jangan jadi cam kawan aku lak tekan fn tekan + tekan pulak f7 (first try) memang takjadi apa ler jawabnya. Tekan fn terus tekan f9. Ok dah. Dan laptop aku berfungsi seperti biasa.

Okay sampai sini sahaja. kalau dapat ilmu tu kongsi² lah bak kata Madam Mas. Aku taktahu la depends on brand laptop ke camner. Hahaha Sedih jadi aku ni buta tuli pasal benda cam gini.

Ok. Bye!

Dicatat oleh Unknown di 04:34 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 6 December 2016

Last semester

Assalamualaikum.. apa khabar hari tu an aku ada cakap nak sambung kisah terindu kekasih orang tu tapi aku decide taknak sambung sebab nak jaga hati manusia di dunia yang penuh pancaroba ini.. hee
Syukur alhamdulillah, taksangka sekarang aku dah last sem dekat uitm as student diploma.. insyaAllah last sem.. Final exam sem lepas aku risau dengan satu subject iaitu financial analysis.. stress dia, takut fail sampai tak lena tidur .. sampai la ke paper last aku duk pikir takut ya rabbi repeat. 'takpe repeat test jpj jangan repeat paper'. Balik rumah kalau ingat pasal aku jawab tu risau Allah je tahu. Tapi alhamdulillah bersyukur sangat lulus gak walaupun dah nyawa-nyawa kerbau. Asal lulus dah jangan fail je. Muahahaha. Walaupun gpa semakin tinggi sem semakin drop tapi takpe aku bersyukur. InsyaAllah grad on time nak tengok ma dan abah pakai jubah konvo tengok mereka gumbira, saya pun lagi gumbira. Hehe.
InsyaAllah sem ni nak skor dapat dekan kalau tak dapat takpe mungkin rezeki nanti degree sapa tahu kan. Takde dah stress dengan kelab, stress dengan roommate, kawan² hahaha. Satu je aku rasa kelakar budak yang gaduh dengan aku still lagi sekelas ingat dah tukar kelas. Mungkin la sebab kelas aku ni jenis tak ambil kisah lepas kejadian tu tak melarat sampai akhir sem kot diorang masih still kelas tu. Tapi takpe hidup mesti diteruskan, hidup ni jangan bergantung kat orang lain. Aku nak hidup lama lagi taknak la duk gaduh dengan orang lagipun dah cukup dewasa nak gaduh perkara yang remeh camtu.. hahaahhhahaah
That's all for today..
# sem ni gi trip lak suruh aku jadi tpp tapi aku malas dah.. once aku cakap taknak so taknak. Noktah.
# belanja gambar trip penang sem lepas

Dicatat oleh Unknown di 08:42 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ▼  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ►  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ►  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.