Monday, 6 January 2014
CERITA SERAM TIPU
KISAH INI KISAH BENAR !! baca dulu baru tahu (~..~)
Hujan renyai-renyai ketika perjalananku ke tempat kerja, jalan yang aku tu lalui agak sunyi walaupun jam sudah hampir 9 pagi mungkin penghuni di situ sedang asyik beradu.. Jalan yang aku lalui itu ada sebuah rumah tinggal. Walaupun rata-rata orang menyatakan rumah itu berhantu tapi aku buat tak kisah sebab itu merupakan jalan shortcut aku ke tempat kerja.. Tiap-tiap hari aku melalui jalan tu kecuali hari jumaat oleh kerana aku tak kerja pada hari tersebut.. Baru sekali dalam 8 bulan aku kerja aku lalui jalan besar disebabkan hari tu perkampungan aku naik air jadi aku tak guna jalan yang biasa dan tak sampai 10 kali aku pergi kerja orang hantar.. Dalam erti kata lain tak nak menyusahkan orang, lebih baik aku pergi jalan kaki.. Tak sampai 10 minit pun. dekat je aih..
Oh.. berbalik kepada cerita.. Cuaca pada hari tersebut mendung kelabu. Aku pun melalui jalan tersebut dengan hati yang suram mungkin sebab cuaca tapi dalam masa yang sama aku gembira. Jam menujukkan pukul 8.57pagi aku buka segala suis elektrik kecuali lampu dan kipas. Pintu depan pun aku buka sikit.. Selepas itu aku pergi ke belakang buka pula tingkap.. Aku kutip sampah kemudian aku buang ke tong sampah aku kehairanan kenapa supik (plastik) sampah jadi macam tu.. Memandangkan tong sampah di tempat kerja aku ada dua aku pun ke arah tong yang satu lagi agak hujung sekali berdekatan dengan tempat solat untuk lihat supiknya jadi cam tu jugak ke tak.
Aku pun jalan dalam dua tiga langkah lagi nak sampai ke arah tong sampah itu, aku berhenti dengan jantungku dupdapdupdap.. ala tong sampah kalau nak buka penutup dia kena tekan pakai kaki tu.. Aku tengok ke arah tempat tekan dengan kaki tu.. Tak ada pape.. Tapi kenapa penutup tu gerak-gerak dengan sendiri seperti ada sesuatu.. Dengan suasana gelap sebab tak buka lampu lagi dan memandangkan hari tu pulak mendung, hujan renyai-renyai.. Dan jantung aku dupdapdupdapdap sebab seram aku memberanikan diri jugak.. Aku pun jalan slow-slow.. Aku tekan dengan kaki dan makhluk tu keluar. Terkezuk aku dibuatnya tapi tak lah menjerit tak tentu pasal..
Aku senyum.. Aku ingat menatang apa.. Memang nak mampuih dah rasa.. Bila ingat balik kelakor pun hado engkou.. Tapi tak kelakor pun. K.bye.. Lupa nak cakap tikus je pun..
Kata-kata
Berani kerana benar, takut kerana salah
Sunday, 5 January 2014
bangkit
Hai.. Assalamualaikum pembuka bicara hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk. muehehe.. tak der kaitan langsung.. okey-okey.. oh lupa nak cakap.. HAPPY NEW YEAR.. belum terlambat lagi kan? Dah lama gak aku tak update ni. pemilik blog ni ada lagi tau belum jadi arwah lagi.. muehehe..
Tahun lepas 2013.. boleh dikira dengan beras aku update berapa kali blog ni tak payah kira sebab memang tak update pape pon.. muehehe.. Blog yang bersepah-sepah, entry yang entah apa-apa.. Entry sebelum ni entry budak yang belum matang ea..
Kiranya.. ahh.. tak payah lah kira-kira, tahun ni tahun kebangkitan aku dalam dunia ni.. hamboi kemain ayat aku.. Aku perlukan seseorang untuk tolong aku bangkit dalam dunia ni **ralat dunia ni = blog ** help~~ help~~. dan aku nak ucap tahniah kepada yang sudi follow blog ni.. tahniah ke terima kasih? tak kisah lah.
Bila ada kesempatan In Sya Allah aku akan edit blog aku ni kasi nampak kemas sikit. Aku tengok pun menyampah blog aku ni.. bersepah-sepah sapa lah yang edit ni tak tahu lah.. muehehe.. Aku nak minta tolong seseorang edit blog aku kasi cun.. Aku dah nampak dah sapa gerangan orang yang bertuah tu.. Tapi bulan depan la.. Untung-untung gaji baru masuk kasi cun ni blog.. Tema.. hmmm.. nanti tengok lah tema cam ner aku nak.
kata-kata
YOUR BEST TEACHER IS YOUR LAST MISTAKE

Subscribe to:
Posts (Atom)