Assalamualaikum
Salam pagi khamis semua. Nak buat entry pasal kembar tapi kang tak pasal-pasal hati jahat berkata "mentang-mentang lah ada kembar kongsi pasal kembar je" aku yang kata tu tak tuju kat sesiapa pon. muehehe. Tapi InsyaAllah aku kongsi satu atau dua lagi pasal kembar lepas tu tak dah. Sekarang ni aku tengah berusaha sedaya upaya nak buat entry pasal geng kembar yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni baca [sini].
Hari ni pasal kebun mini aku kat belakang rumah, sekarang aku tak ambik kisah dah kebun tu sebab dek kena makan kat lembu sayur-sayur aku tanam, kecewa teraamat. Aku jadi putus asa. Aku main sumpah seranah kat lembu tu, kuang ajar betul! punyer lah banyak rumput kat padang sayur-sayuran aku dalam pagar juga yang di makannya. Ni aku kongsikan beberapa keping gambar sebelum kebun aku dimusnahkan oleh lembu.
kangkung |
kangkung dah besar |
sawi |
sawi |
Bayam |
Bayam |
80% yang dimusnahkan |
Bayam (bayam ke bayang?) muehehe. aku tak tanam tapi tumbuh sendiri sebab sebelum ni abah aku dah pernah tanam bayam. Niat aku satu je sebelum nak tanam iaitu nanti senang aku nak masak meggi kalau takda stok sayur dalam peti sejuk. Dalam tiga minggu lebih sayur-sayuran tu dah membesar. Dan bayangkanlah tiga kali je aku dapat makan sayur aku tanam sendiri lepas tu musah terus. Oh, kecewa, lagi kecewa dari putus cinta. (tipu dah tu) dah la aku kecewa sebab bayam yang mendominasi kebun mini aku tu, banyak giler dia tumbuh mana lah tak kecewa. Entry ni sebenarnya dah lama ada dalam draf blog aku saja tak publish. muehehe. | |||||||||
p/s : kecewa ~,~ | |||||
nini pun ada kebun jugak belakang umah. sayur basic je tanam,macam limau,cili,serai,daun kari..hehe. seronok tengok pokok membesar dan bagi hasil. puas rasanya berbudi pada tanah,cehhh
ReplyDeletea'ah betul tu seronok lps tu dapat berbakti pada bumi.. ceewah ^^
DeleteBest jugak ada kebun ni... boleh tanam macam2. KN tanah belakan umah pun sekangkang kera je.
ReplyDeleteBest lah jugak.. Boleh je tanam dalam pasu.. :DD
DeleteAssalamualaikum . wahh bestnya ada kebun sayur . boleh buat urap je kan . huhu . . :D
ReplyDeletewaalaikumussalam.. a'ah best. HeHe ^^
Delete