Assalamualaikum
Selamat bercuti sekolah kepada adik-adik yang masih bersekolah. Ekeke. Hari ni 1 Jun aku kena melangkah ke alam baru. Takutnya, sedihnya, sayangnya. Aik sempat lagi buat entry. Takda aih aku dah buat lama dah entry ni tapi aku jadualkan hari ni keluar entry aku. Muahaha.
Takut aih nak duk asrama ni selama 19Tahun aku hidup ni first time duk asrama. Siap google uolss nak pegi asrama kena bawak apa! Dah lah kena pisah dengan Ma Abah. Tak pernah pun macam ni kalau pisah pun dua ke tiga hari je yang ni lamanya. Tapi syukur dapat kat kat Kelate hujung minggu boleh balik. Muahaha
Okey, aku dapat UiTM tapi bukan Diploma, Pra Diploma yang Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Aku pilih Pra Perdagangan dah sah-sah lah kena pilih yang tu sebab kat sekolah dulu-dulu aku aku ambik aliran biasa. Muahaha.
Program ni memang dia akan hantar kita dekat dengan tempat tinggal. Aku duk kelantan jadi dapat kat Kelantan. Tapi alhamdulillah, Machang dengan Pasir Puteh takda lah jauh sangat. Program ni adalah satu-satu peluang untuk sambung ke diploma kalau masuk hanya nak main-main Bye Bye UiTM! dari blog-blog yang aku baca. Sebelum aku nak apply nak masuk program ni memang aku google, paling tak pun aku dah ada sedikit maklumat tentang program ni.
Sampai sini sahaja. InsyaAllah kalau ada kelapangan aku akan share pasal program ni. Abah aku tak kasi bawah hp yang ada internet awal-awal lagi dia dah pesan. Waaaa (nangis guling-guling).
Kepada yang tag aku kat liebster award, apa-apa segmen ke aku mintak maaf aku memang dah tak sempat nak buat entry busy sangat. Liebster award aku dah create satu entry tapi separuh jalan nanti aku akan sambung balik. Harap memahami. Dan juga kepada pemenang-pemenang GA aku tahniah semua. Salam sayang!
Kepada yang tag aku kat liebster award, apa-apa segmen ke aku mintak maaf aku memang dah tak sempat nak buat entry busy sangat. Liebster award aku dah create satu entry tapi separuh jalan nanti aku akan sambung balik. Harap memahami. Dan juga kepada pemenang-pemenang GA aku tahniah semua. Salam sayang!
p/s : Pengumuman pemenang GA aku berjalan dengan lancar ke?
kalau kite pun rasa macam takut & tak selesa tinggal kat asrama,first time kot. anyway,all the best!
ReplyDeleteAll the best yer Atikah :))
ReplyDelete