Pages

Thursday, 15 May 2014

Beauti Giveaway #2 by rafydahouse

Assalamualaikum

jemput reramai join GA #2 by rafydahhouse 



klik [sini] untuk join. Hadiah pon gempak-gempak!!




Ni first time join GA. Harap ada rezeki. Amin.  ^^





KEBUN MINI

Assalamualaikum

Salam pagi khamis semua. Nak buat entry pasal kembar tapi kang tak pasal-pasal hati jahat berkata "mentang-mentang lah ada kembar kongsi pasal kembar je" aku yang kata tu tak tuju kat sesiapa pon. muehehe. Tapi InsyaAllah aku kongsi satu atau dua lagi pasal kembar lepas tu tak dah. Sekarang ni aku tengah berusaha sedaya upaya nak buat entry pasal geng kembar yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni baca [sini]. 

Hari ni pasal kebun mini aku kat belakang rumah, sekarang aku tak ambik kisah dah kebun tu sebab dek kena makan kat lembu sayur-sayur aku tanam, kecewa teraamat. Aku jadi putus asa. Aku main sumpah seranah kat lembu tu, kuang ajar betul! punyer lah banyak rumput kat padang sayur-sayuran aku dalam pagar juga yang di makannya. Ni aku kongsikan beberapa keping gambar sebelum kebun aku dimusnahkan oleh lembu.


 
kangkung

 
kangkung
kangkung dah besar

sawi
sawi

Bayam

Bayam
80% yang dimusnahkan
Bayam (bayam ke bayang?) muehehe. aku tak tanam tapi tumbuh sendiri sebab sebelum ni abah aku dah pernah tanam bayam. Niat aku satu je sebelum nak tanam iaitu nanti senang aku nak masak meggi kalau takda stok sayur dalam peti sejuk. Dalam tiga minggu lebih sayur-sayuran tu dah membesar. Dan bayangkanlah tiga kali je aku dapat makan sayur aku tanam sendiri lepas tu musah terus. Oh, kecewa, lagi kecewa dari putus cinta. (tipu dah tu) dah la aku kecewa sebab bayam yang mendominasi kebun mini aku tu, banyak giler dia tumbuh mana lah tak kecewa. Entry ni sebenarnya dah lama ada dalam draf blog aku saja tak publish. muehehe.






p/s : kecewa ~,~








Wednesday, 14 May 2014

KembarKu

Assalamualaikum


Tu gambar aku dengan kembar aku masa ni dalam umur 6/7 Tahun aku pun tak pasti jugak tapi tengok kat gambar tu tarikh 24 Feb 2001. Bila dah besar ni nak ambik gambar sekali pon dah malu-malu. HeHe. Tapi sumpah aku rindu sangat kat adik aku, sekarang dia duk kat Kajang aku kat Kelate. Belajar berpisah lah konon. Beza umur kami lebih kurang 5 minit je. 

Dari aku Pra Sekolah sampailah Tingkatan Lima sekolah dan kelas semua sekali. Tapi paling sedih time nak masuk Tingkatan 2 kena asing kelas. Memang giler ah masa tu tapi kena teruskan jugak hidup dan ketika peperiksaan Tamrin Tansiq 1 (peperiksan perenggal 1) aku dapat nombor Tigapuluhlebih dalam kelas daripada Empatpuluh orang aku kena turun kelas dan still balik sekelas dengan adik aku. Baru boleh fokus belajar sesama. Hiks.

Lepas SPM, isi UPU semua sama tapi alih-alih dapat tempat berbeza aku dapat kat Kuala Lumpur dia dapat kat Kelantan tapi ambik keputusan tak sambung belajar. Dalam pertengahan tahun lepas ambik keputusan nak berpisah, nak try lah konon, boleh dikatakan setiap hari call masa duk sekali tak der sangat cerita tapi bila berpisah cerita sampai tak habis nak kongsi sesama. Muehehe. 

Abang sulong aku memang tak panggil kak dan adik dia panggil "kembar" sampai sekarang, now aku sorang duk kat rumah barulah aku boleh dengar dia panggil "kak" kat aku kalau adik aku balik kampung dia panggil "kembar" balik. Aih! tak boleh beza sampai sekarang.

Masa kat Sekolah Menengah kami ada geng kembar, 5 pasang kembar termasuk aku dan adik aku. Sekelas okeh! (bayangkan~) tapi diorang ada gak yang lain-lain kelas. Nanti aku kongsi cerita tapi next entry lah.

Baju raya? boleh dikatakan semua sama, selipar, kasut, beg sekolah semua sama kalau beza pun colour. Bila dah besar ni je lain-lain. Malu~. Patung hello kitty dulu ada sekarang pun ada. HeHe dah besar panjang tapi perangai masih macam budak-budak. Adik aku dulu dia ada blog tapi dah padam sebab takda masa nak update dia yang kata.

Contoh kalau keluar bandar, aku keluar dia tak keluar aku rasa berkenan kat baju tu dan ada yang sama design tapi beza colour aku akan beli jugak kat dia begitu jugak sebaliknya tak beli kang sia-sia dia pakai baju aku. kedekut. Tapi antara kami takda la nak beza tu hak aku ni hak kau. Hak kau hak aku jugak. Muehehe. 

Sampai sini sahaja cerita aku. Nak tulis panjang-panjang nanti boring pulak.. HeHe. Sekian....... ♥

p/s : cute tak? phuii perasan



Tuesday, 13 May 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum

Terutama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi follow blog buruk aku ni. Terharu sangat. (lap air mata), tapi saat aku tengah syok giler blogwalking tadi internet kat sini buat hal.. WoWo sakit hati tak terhingga. Esok aku sambung balik blogwalking dan cari balik blog-blog yang hilang dari radar tadi. Sedih woo, tetiba je hilang dan internet buat hal.

Dan aku nak ucapkan SALAM PERKENALAN kepada semua followers baru blog aku. Terima Kasih!! Salam kasih sayang cinta dari aku

p/s : Takleh nak tulis panjang-panjang kena bersiap nak balik keje dah. Nak tahu aku keje apa baca [sini]