Pages

Friday, 16 May 2014

KembarKu Part II

Assalamualaikum

Salam jumaat. Perghh.. bila dah main part-part ado sambung lagi lah ni. Tapi tak dah aih, yang ni last part dah lepas tu pasal geng kembar lepas tu takda dah pasal kembar-kembar semua. (banyak lah punyer lepas tu) Bukan apa kang aku duk update pasal kembar je nanti naik bosan pulak orang yang baca. "mentang-mentang ada kembar asyik post entry pasal kembar je" tak nak aih orang fikir macam tu. 

Tapi yang pasti ada kembar ni takda lah best sangat pon, aku buat entry sebelum ini baca [sini] macam best je ada kembar tapi hakikat sebenarnya golongan kembar-kembar je yang faham kalau ada kembar ni macam mana. Ceh~ sebab berpisah je boleh rindu-rinduan kalau duk sama-sama asyik gaduh je memanjang tak dinafikan langsung, gaduh lepas tu baik balik, gaduh lepas tu baik balik, (gaduh manja) pusing punyer pusing alih-alih camtu jugak. Ekekeh

Dari dalam perut seorang ibu, hinggalah keluar melihat dunia sesama, membesar sesama, boleh dikatakan semua sesama (pesal entry ni macam mendung je) muehehe. Dah boleh fahami perasaan satu sama lain. jatuh bangun pun sesama. Tak tahu lah bila dah masing-masing dah kahwin macam mana. 



Tu gambar masa kecik-kecik, botak lagi masa ni. Muahaha. Sekarang dah besar panjang cari haluan masing-masing. Yang mana sorang aku, aku pun tak pasti. Bhahaha.



Alahai muncitnya perut. Mueheh. Tapi menurut sedara-mara, diorang cakap dulu aku gemuk berbanding adik aku. Sekarang pun kalau timbang aku lagi berat berbanding dia kalau bab tinggi memang aku kalah dengan dia, kemain tinggi budak tu dengan kakak aku pun boleh kalah. Tang tinggi ni datang dari sebelah abah aku. Kalau nak diukurkan aku dengan mak-mak saudara sebelah mak aku memang kalah la diorang. Muahaha (gelak jahat) Tinggi adik aku 161cm, aku 159cm. Bab berat tang tu rahsia!



Taraaaa. ☺ Cer teka yang mana satu aku. Muahaha. Tak teka pon takpe dah sah-sah tahu aku yang mana satu. Gelap okeh muka time ni sebab terlibat dengan kawad, sukan lagi kat sekolah (tipu jer) gambar ni diambik masa PESKO tahun bila aku tak ingat da. Pingat tu bajet lebih je panjam yang orang lain punyer. Bhahaha.

Bab berkawan, Syuhada dan Alia paling rapat lah kat sekolah dulu sampai sekarang diorang dah faham benar perangai aku dengan adik aku. Kalau kawan sekolah rendah Nazhan atau JHair, memang rapat giler lah sampai sekarang, dia siap buat group kat Wechat lagi "Bersama Kembar" mana tak bangang nama group. Kalau sesama naik meroyan boleh jem handphone dibuatnya. Muahaha.

Sampai sini sahaja pasal kembar lepas ni takda dah melainkan atas permintaan ramai aku akan share lagi entry pasal kembar In Sya Allah. (macam lah ada orang nk tahu pasal aku) Muahaha. Sekian~ ~ ~ ~ ♥


p/s : Kalau u'olss jumpa kembar try tanya best tak ada kembar? Kalau aku.. ada yang best ada yang tak best! Muahaha ♥



Thursday, 15 May 2014

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Assalamualaikum ^^

Selamat petang semua. Hari ini 15 Mei 2014. Apa yang tak kenanya dengan 15 Mei. Memang ada yang tak kena tidak disangka followers aku dah hampir mencecah 60 orang! terima kasih bebanyak yang sudi follow dan tinggal jejak kat Chatbox aku. Aku sasarkan hanya 7 orang je yang akan follow aku dalam masa sebulan baca [sini] tapi 35 orang follow dalam masa seminggu. Mana tak menangis hingus dan air mata meleleh-leleh TT_TT. (tipu da tu) Aku sangat-sangat menghargai. InsyaAllah kalau diberikan kesempatan aku akan buat 1st Mini Giveaway By Atikah Aziz sebagai penghargaan aku kepada semua. 

Tapi Mini Giveaway aku takda lah gempak sangat nama pun 'mini' kan. Muehehe. Dijemput semua join. InsyaAllah Mini Giveaway aku akan bermula minggu depan hingga 31 Mei 2014. Taknak aih buat lelama dua minggu tu dah kira lama dah bagi aku, orang kang kata penantian satu penyeksaan. Muahaha. 

Kepada sesiapa yang sudi nak jadi sponser Mini Giveaway aku ni boleh lah PM aku dekat Facebook ataupun Email aku dekat atikahaziz_twins@yahoo.com. Tapi yang betul-betul serius nak jadi sponser, kalau cuma nak main-main kekerapan anda disumpah jadi batu adalah tinggi. Muahahaha.  Kalau tak sudi jadi sponser pon takpe, boleh je join. Lagi ramai join lagi enjoykan! Sekian ~ ~ ~ ♥

p/s : Kalau ada yang nak jadi sponser tu tolong PM atau email asap ye! Mungkin Ahad 18 Mei dah mula ^^ (giler cepat nak mampuih)




Beauti Giveaway #2 by rafydahouse

Assalamualaikum

jemput reramai join GA #2 by rafydahhouse 



klik [sini] untuk join. Hadiah pon gempak-gempak!!




Ni first time join GA. Harap ada rezeki. Amin.  ^^





KEBUN MINI

Assalamualaikum

Salam pagi khamis semua. Nak buat entry pasal kembar tapi kang tak pasal-pasal hati jahat berkata "mentang-mentang lah ada kembar kongsi pasal kembar je" aku yang kata tu tak tuju kat sesiapa pon. muehehe. Tapi InsyaAllah aku kongsi satu atau dua lagi pasal kembar lepas tu tak dah. Sekarang ni aku tengah berusaha sedaya upaya nak buat entry pasal geng kembar yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni baca [sini]. 

Hari ni pasal kebun mini aku kat belakang rumah, sekarang aku tak ambik kisah dah kebun tu sebab dek kena makan kat lembu sayur-sayur aku tanam, kecewa teraamat. Aku jadi putus asa. Aku main sumpah seranah kat lembu tu, kuang ajar betul! punyer lah banyak rumput kat padang sayur-sayuran aku dalam pagar juga yang di makannya. Ni aku kongsikan beberapa keping gambar sebelum kebun aku dimusnahkan oleh lembu.


 
kangkung

 
kangkung
kangkung dah besar

sawi
sawi

Bayam

Bayam
80% yang dimusnahkan
Bayam (bayam ke bayang?) muehehe. aku tak tanam tapi tumbuh sendiri sebab sebelum ni abah aku dah pernah tanam bayam. Niat aku satu je sebelum nak tanam iaitu nanti senang aku nak masak meggi kalau takda stok sayur dalam peti sejuk. Dalam tiga minggu lebih sayur-sayuran tu dah membesar. Dan bayangkanlah tiga kali je aku dapat makan sayur aku tanam sendiri lepas tu musah terus. Oh, kecewa, lagi kecewa dari putus cinta. (tipu dah tu) dah la aku kecewa sebab bayam yang mendominasi kebun mini aku tu, banyak giler dia tumbuh mana lah tak kecewa. Entry ni sebenarnya dah lama ada dalam draf blog aku saja tak publish. muehehe.






p/s : kecewa ~,~