lama betul rasanya x buka blog.. sibuk exam.. lps exam internet plak buat hal.. Tapi alhamdulillah segala2nya berjalan lancar..
sini sy ada tips2 cara nk belajar.. tips2 ni sy dpt dri guru kelas sy Cikgu Zana dan Dr Syukri masa motivasi dkt PUTIK.. tpi sy dlm proses utk menggunakan tips2 tu.. trima kasih cikgu, terima kasih Dr.
1. kenalpasti subjek lemah..
bahagikan masa klu subjek susah tu lama ckit study dlm 1jam setegh ke 2jam.. klu subjek senang skit 1jam ke.. ataupun up lgi masa tu..
masa itu emas.. mesti klau terjadi something kt seseorg tu mesti ckp ruginya kalau lh aku bleh undur masa.. klu aku study betol2.. bla bla bla.. jgn mimpi lh masa tu takkan kembali..
2. bahagikan bab yg kurang faham atau lemah
contohnya subjek matematik klau kita xbleh kuasai bab 3 ulangkaji smpai kita btul2 mahir bab tu klu xfaham tnya cikgu atau kawan2 lps tu bab yg dh fhm ingt formula ulangkaji jgk nnti lupa.. susah..
3. bila rasa mengantuk lawan jgn layan
klau kita study mesti ada rasa ngantuk kan, masa ngantuk tu buat lh something supaya hilang rasa ngantuk tu.. contohnya tngk tv ke jln2 sekeliling rumah ke.. ape2 je lh..
yg penting jgn jdi macam gambar di atas bukan dia baca buku, buku yg baca dia..
4. jgn study last minute
ramai kan org macam ni, sy pun sama jgk selalu study last minute, masa ni lh nak ingt tu nk igt ni.
tpi bila dlm dewan ape pun x igt.. hilang terus..
bila study last minute ni mesti rasa stress.. kdang2 tu rasa macam nk gila pun ada..
5. tumpuan ketika guru mengajar
masa guru mengajar bgi tumpuan sepenuhnya.. sekurang2nya masa ni kita dapat sedikit ilmu utk bekalan peperiksaan 'dunia' dan jgk akhirat.. InsyaAllah
klau kawan nk berckp masa cikgu ada marah kat dia.. hihihi
6. study biar santai jgn bgi tekanan
study pun kena santai2 jgk jgn main straight je.. nnti boring lps tu stress.. santai je ibaratnya macam kita pergi holiday
santai masa study penting sbb dpat kurangkan tekanan semasa kita study..
7. keberkatan dan doa
yg ni yg paling utama study pun study jgk jgn lupa ibu bapa, guru2 apa yg penting keberkatan dan doa dri mereka.. klau xder keberkatan xguna jgk study pndai2..
mntk restu dan doa dri mereka, InsyaAllah, Allah akan makbulkan.. amin.
7. ketakwaan kepada Allah
study study jgk solat jgn lupa mntk keampunan driNya, mntk doa, solat hajat dan jgn lalai ketika menuntut ilmu sesungguhnya ilmu Allah itu luas.. jgn lupa kepadaNya sesungguhnya jika kamu mengingati Allah nascaya Allah akan mengingatimu..
berdoa haruslah ikhlas.. insyaAllah Allah akan makbulkan.. amin.
8. betulkan niat
klau kita niat semata2 utk menduduki peperiksaan tak guna sbb apa sy ckp macam tu sbbnya klau kita niat hnyalh kerana nk exam ilmu tu xbleh kita amalkan smpai bila2 dan ilmu tu akan lenyap tnpa kita sedari. Niatlah kerana Allah dan juga utk membela agama kita.. sekurang2nya kita boleh saham utk akhirat. insyaAllah. amin
insyaAllah klau niat kita betul Allah akan membantu kita apa dalam apa jua keadaan dan rintangan..
seblum tu, kita study tu ibarat kita minat kt seseorg kita mesti cuba bersungguh2 utk mendapatkan si dia.. walaupun hnya sedikit maklumat tentang si dia kita dpt kita akan rasa bahgia macam dunia ni milik kita..
klau kita mnt kt seseorang mesti kita akan berusaha bersungguh2 utk mendptkan nya.. betul x?
macam tu jgk study klau kita belajar bersungguh2. usaha sungguh2, insyaAllah kita akan berjaya.. amin.
akhir kata dari sy,...
maaf jika entry sy kali ni ada kekurangan atau kesilapan atau terkasar bahasa.. apa yang baik itu datangnya dari Allah apa yang kurang itu adalah kelemahan diri sy sendri. Itu sja tips2 yg dpat sy kongsikan.. insyaAllah dapat kita bersama2 amalkannya..
~~ ceriakan hidup anda dengan senyuman, senyum itu sedekah ~~
No comments:
Post a Comment