-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Monday, 6 January 2014

CERITA SERAM TIPU


KISAH INI KISAH BENAR !! baca dulu baru tahu (~..~)

Hujan renyai-renyai ketika perjalananku ke tempat kerja, jalan yang aku tu lalui agak sunyi walaupun jam sudah hampir 9 pagi mungkin penghuni di situ sedang asyik beradu.. Jalan yang aku lalui itu ada sebuah rumah tinggal. Walaupun rata-rata orang menyatakan rumah itu berhantu tapi aku buat tak kisah sebab itu merupakan jalan shortcut aku ke tempat kerja.. Tiap-tiap hari aku melalui jalan tu kecuali hari jumaat oleh kerana aku tak kerja pada hari tersebut.. Baru sekali dalam 8 bulan aku kerja aku lalui jalan besar disebabkan hari tu perkampungan aku naik air jadi aku tak guna jalan yang biasa dan tak sampai 10 kali aku pergi kerja orang hantar.. Dalam erti kata lain tak nak menyusahkan orang, lebih baik aku pergi jalan kaki.. Tak sampai 10 minit pun. dekat je aih..

Oh.. berbalik kepada cerita.. Cuaca pada hari tersebut mendung kelabu. Aku pun melalui jalan tersebut dengan hati yang suram mungkin sebab cuaca tapi dalam masa yang sama aku gembira. Jam menujukkan pukul 8.57pagi aku buka segala suis elektrik kecuali lampu dan kipas. Pintu depan pun aku buka sikit.. Selepas itu aku pergi ke belakang buka pula tingkap.. Aku kutip sampah kemudian aku buang ke tong sampah aku kehairanan kenapa supik (plastik) sampah jadi macam tu.. Memandangkan tong sampah di tempat kerja aku ada dua aku pun ke arah tong yang satu lagi agak hujung sekali berdekatan dengan tempat solat untuk lihat supiknya jadi cam tu jugak ke tak.

Aku pun jalan dalam dua tiga langkah lagi nak sampai ke arah tong sampah itu, aku berhenti dengan jantungku dupdapdupdap.. ala tong sampah kalau nak buka penutup dia kena tekan pakai kaki tu.. Aku tengok ke arah tempat tekan dengan kaki tu.. Tak ada pape.. Tapi kenapa penutup tu gerak-gerak dengan sendiri seperti ada sesuatu.. Dengan suasana gelap sebab tak buka lampu lagi dan memandangkan hari tu pulak mendung, hujan renyai-renyai.. Dan jantung aku dupdapdupdapdap sebab seram aku memberanikan diri jugak.. Aku pun jalan slow-slow.. Aku tekan dengan kaki dan makhluk tu keluar. Terkezuk aku dibuatnya tapi tak lah menjerit tak tentu pasal..

Aku senyum.. Aku ingat menatang apa.. Memang nak mampuih dah rasa.. Bila ingat balik kelakor pun hado engkou.. Tapi tak kelakor pun. K.bye.. Lupa nak cakap tikus je pun..

Kata-kata
Berani kerana benar, takut kerana salah

                                                                                                                           



Dicatat oleh Unknown di 00:02
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ►  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ►  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ▼  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.