Susah bila sesuatu kejadian tu berlaku tanpa diduga. Bila kita perlukan semangat dan kekuatan namun tiada siapa yang mampu berikan. Walaupun air mata masih belum mampu untuk berhenti. Aku perlukan ketenangan, perlukan seseorang yang mampu buatkan hidup-hidup aku seperti dulu. Bagaikan hilang segala-galanya dan aku perlukan 'sesuatu' yang mampu memenuhi ruang-ruang kosong.
Terima kasih atas segala kata-kata semangat walaupun masih belum mampu untuk aku lupakan perkara yang terjadi. Mungkin selepas ni payah untuk lihat aku senyum seperti biasa. Mungkin kesedihan ini tidak dapat untuk aku hapus buat selama-lamanya.
'Ceriakanlah hidup dengan senyuman, Tabahkanlah hati dengan kekuatan, Hapuskanlah kesedihan dengan ketenangan.'
Alhamdulillah aku dah boleh terima sedikit atas hakikat yang terjadi. Namun masih belum tentu untuk aku hapuskan begitu saja. Apa yang terjadi pada diri aku buat aku jadi lebih kuat dan lebih berhati-hati selepas ni. Aku tahu Allah takkan menguji umatNya diluar kemampuan
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)
Ujian Itu Hadiah Dari Allah | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.
Jutaan terima kasih pada sini atas kata-kata semangat.
Alhamdulillah..... Allah sentiasa ada buat hambanya.... Kuat hati, tabahk diri.....
ReplyDeleteHello mate nnice blog
ReplyDelete