-->
Atikah Aziz

Pages

  • Home
  • owner

Friday, 4 April 2014

18 tahun ke 19 tahun

Assalamualaikum..

Masih dalam mood happy-happy gituww. Alhamdulillah kelmarin 4 APRIL 2014 genap umur aku 19 tahun rasa macam tak caya je umur dah 19 tahun tapi kena jugak terima hakikat bahawasanya umurku semakin tua. ekekekeh.

Dan! memandangkan semalam hari jumaat aku tak keje jadi boleh laa celebrate jemput family terdekat je. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. p/s kek aku tak beli pon sebab konpius umur aku 18 ke 19. Agagaga.

Syukur yang amat  masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah Taala. Kepada ma abah yang selalu support aku. Terima kasih sesangat. Adik beradik Abg Long, Kak Ngah, Daus (adik bongsu) dan tak lupa jugak adik kembar aku yang jauh nun di kajang sob~ sob~ tahun ni tak leh nak celebrate sesama tak macam tahun-tahun sebelum ni. Aku rindu mung. T_T. Su yang bertungkus lumus masak rojak, ma dan su sponsor bahan-bahan nak masak rojak.

Tak lupa jugak friends fesbuk, wechat tak jemu bagi ucapan. Thank you a lot. Celcom orang yang pertama wish -_-' tenkuii2.


p/s : tak leh nak share gambar Kakak ku pinjam handphone.. grrr!!










Dicatat oleh Unknown di 23:51 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 1 February 2014

PAYAH

Assalamualaikum..
Susah bila sesuatu kejadian tu berlaku tanpa diduga. Bila kita perlukan semangat dan kekuatan namun tiada siapa yang mampu berikan. Walaupun air mata masih belum mampu untuk berhenti. Aku perlukan ketenangan, perlukan seseorang yang mampu buatkan hidup-hidup aku seperti dulu. Bagaikan hilang segala-galanya dan aku perlukan 'sesuatu' yang mampu memenuhi ruang-ruang kosong.

Terima kasih atas segala kata-kata semangat walaupun masih belum mampu untuk aku lupakan perkara yang terjadi. Mungkin selepas ni payah untuk lihat aku senyum seperti biasa. Mungkin kesedihan ini tidak dapat untuk aku hapus buat selama-lamanya.

'Ceriakanlah hidup dengan senyuman, Tabahkanlah hati dengan kekuatan, Hapuskanlah kesedihan dengan ketenangan.'

Alhamdulillah aku dah boleh terima sedikit atas hakikat yang terjadi. Namun masih belum tentu untuk aku hapuskan begitu saja. Apa yang terjadi pada diri aku buat aku jadi lebih kuat dan lebih berhati-hati selepas ni. Aku tahu Allah takkan menguji umatNya diluar kemampuan

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     (Al-Baqarah: 286)


481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari AllahUjian Itu Hadiah Dari Allah | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.





Jutaan terima kasih pada sini atas kata-kata semangat. 



                                                                                                        






Dicatat oleh Unknown di 18:48 2 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 6 January 2014

CERITA SERAM TIPU


KISAH INI KISAH BENAR !! baca dulu baru tahu (~..~)

Hujan renyai-renyai ketika perjalananku ke tempat kerja, jalan yang aku tu lalui agak sunyi walaupun jam sudah hampir 9 pagi mungkin penghuni di situ sedang asyik beradu.. Jalan yang aku lalui itu ada sebuah rumah tinggal. Walaupun rata-rata orang menyatakan rumah itu berhantu tapi aku buat tak kisah sebab itu merupakan jalan shortcut aku ke tempat kerja.. Tiap-tiap hari aku melalui jalan tu kecuali hari jumaat oleh kerana aku tak kerja pada hari tersebut.. Baru sekali dalam 8 bulan aku kerja aku lalui jalan besar disebabkan hari tu perkampungan aku naik air jadi aku tak guna jalan yang biasa dan tak sampai 10 kali aku pergi kerja orang hantar.. Dalam erti kata lain tak nak menyusahkan orang, lebih baik aku pergi jalan kaki.. Tak sampai 10 minit pun. dekat je aih..

Oh.. berbalik kepada cerita.. Cuaca pada hari tersebut mendung kelabu. Aku pun melalui jalan tersebut dengan hati yang suram mungkin sebab cuaca tapi dalam masa yang sama aku gembira. Jam menujukkan pukul 8.57pagi aku buka segala suis elektrik kecuali lampu dan kipas. Pintu depan pun aku buka sikit.. Selepas itu aku pergi ke belakang buka pula tingkap.. Aku kutip sampah kemudian aku buang ke tong sampah aku kehairanan kenapa supik (plastik) sampah jadi macam tu.. Memandangkan tong sampah di tempat kerja aku ada dua aku pun ke arah tong yang satu lagi agak hujung sekali berdekatan dengan tempat solat untuk lihat supiknya jadi cam tu jugak ke tak.

Aku pun jalan dalam dua tiga langkah lagi nak sampai ke arah tong sampah itu, aku berhenti dengan jantungku dupdapdupdap.. ala tong sampah kalau nak buka penutup dia kena tekan pakai kaki tu.. Aku tengok ke arah tempat tekan dengan kaki tu.. Tak ada pape.. Tapi kenapa penutup tu gerak-gerak dengan sendiri seperti ada sesuatu.. Dengan suasana gelap sebab tak buka lampu lagi dan memandangkan hari tu pulak mendung, hujan renyai-renyai.. Dan jantung aku dupdapdupdapdap sebab seram aku memberanikan diri jugak.. Aku pun jalan slow-slow.. Aku tekan dengan kaki dan makhluk tu keluar. Terkezuk aku dibuatnya tapi tak lah menjerit tak tentu pasal..

Aku senyum.. Aku ingat menatang apa.. Memang nak mampuih dah rasa.. Bila ingat balik kelakor pun hado engkou.. Tapi tak kelakor pun. K.bye.. Lupa nak cakap tikus je pun..

Kata-kata
Berani kerana benar, takut kerana salah

                                                                                                                           



Dicatat oleh Unknown di 00:02 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 5 January 2014

bangkit

Hai.. Assalamualaikum pembuka bicara hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk. muehehe.. tak der kaitan langsung.. okey-okey.. oh lupa nak cakap.. HAPPY NEW YEAR.. belum terlambat lagi kan? Dah lama gak aku tak update ni. pemilik blog ni ada lagi tau belum jadi arwah lagi.. muehehe.. 

Tahun lepas 2013.. boleh dikira dengan beras aku update berapa kali blog ni tak payah kira sebab memang tak update pape pon.. muehehe..  Blog yang bersepah-sepah, entry yang entah apa-apa.. Entry sebelum ni entry budak yang belum matang ea.. 


Kiranya.. ahh.. tak payah lah kira-kira, tahun ni tahun kebangkitan aku dalam dunia ni.. hamboi kemain ayat aku.. Aku perlukan seseorang untuk tolong aku bangkit dalam dunia ni **ralat dunia ni = blog ** help~~ help~~. dan aku nak ucap tahniah kepada yang sudi follow blog ni.. tahniah ke terima kasih? tak kisah lah. 


Bila ada kesempatan In Sya Allah aku akan edit blog aku ni kasi nampak kemas sikit. Aku tengok pun menyampah blog aku ni.. bersepah-sepah sapa lah yang edit ni tak tahu lah.. muehehe.. Aku nak minta tolong seseorang edit blog aku kasi cun.. Aku dah nampak dah sapa gerangan orang yang bertuah tu.. Tapi bulan depan la.. Untung-untung gaji baru masuk kasi cun ni blog.. Tema.. hmmm.. nanti tengok lah tema cam ner aku nak.


kata-kata
YOUR BEST TEACHER IS YOUR LAST MISTAKE

                                                                                                                                                                                


Dicatat oleh Unknown di 21:53 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

✿ ANDA YANG KE ✿

✿ OWNER ✿

Atikah Aziz
or Just call me Tya, 21Tahun, Pasir Puteh, Kelate. UiTM Kelantan (BM119), Part Time Blogger. atikahaziz_twins@yahoo.com


✿ KESAYANGAN ✿

✿ Blog Archive ✿

  • ▼  2018 (2)
    • Sept (1)
    • Mar (1)
  • ►  2017 (1)
    • Jan (1)
  • ►  2016 (5)
    • Dec (1)
    • Oct (1)
    • Aug (1)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
  • ►  2015 (4)
    • Aug (3)
    • Jan (1)
  • ►  2014 (34)
    • Dec (2)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • Jun (3)
    • May (23)
    • Apr (1)
    • Feb (1)
    • Jan (2)
  • ►  2012 (22)
    • Dec (3)
    • Sept (2)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (6)
    • Mar (3)
    • Feb (2)
    • Jan (2)
  • ►  2011 (2)
    • Dec (2)

✿ KOMEN KECINTAAN ✿

Elegant Rose - Working In Background
Powered by Blogger.