Assalamualaikum..
Pernah x anda dengar nama masjid Masjid Brunei Darussalam, masjid ni bukan kt Brunei tpi kt Kelantan.. Pada mulanya sy jgk x sangka ada masjid yg nama macam tu lebih2 lgi kt Kelantan.. Sy rasa sngt bertuah sebab berpeluang pergi ke sana.. 25 org pelajar termasuk dengan sy pergi kt situ sebab ada perkhemahan Badan Beruniform (P) anjuran YIK dengan urusetia Maahad Ahmadi, Tanah Merah. Antara sekolah yg terlibat 6 sebuah sekolah semuanya Maahad Ahmadi, Tanah Merah (Briget Bakti), Maahad Saniah, Pasir Puteh, (PBSM), Maahad Amir Indera Petra, Bachok (Bomba), Maahad Pengajian Islam, Tanah Merah,(Briget Bakti),Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas, Jeli, (Puteri Islam) selama 3hari 2malam.. Pada 20-22 Jun 2012.. Kami pergi dengan menaiki bas yg sngt klasik nk thu mcm mna bas 2.. haha..
best tau naik bas ni.. |
bas ni lh kami naik dri Pasir Puteh ke Pasir Mas.. bayangkanlah.. Tpi apa pun kami bersyukur kerana perjalanan kami ke sana selamat dari sebarang perkara yg tidak diingini.. Perjalanan ke sana mmg memenatkan sebab masjid ni terletak di hujung kampung, apabila sampai Ya Allah, wow!!! sungguh teruja tempat tu sngat2 cantik dan nyaman sekali, masa tu hanya Allah sja thu bertapa bersyukurnya sampai kat situ..
Masjid Brunei Darussalam |
inilah Masjid Brunei Darussalam kt situ ada tasik nma tasik tu Danau Tok Uban.. kalaulah sebelum sy pergi kt sana sy terbaca blog http://blog.amirez.com/sepetang-di-masjid-brunei-darussalam/ mungkin setiap sudut di dalam masjid mahupun di luar sy ambk gambar.. betul teruja bila baca blog saudara Amirez ni, tak thulh plak tempat ni mistik.. bila smpai kt sana tempat tu sngt sunyi dan terpercil tpi tenang.. betul kata saudara Amirez tempat ni mmg mistik dan macam terbiar je.. sebab ni masa smpai xder org kampung pun kt sana.. Masa smpai kt sana perkara yg pertama kami buat pasang khemah kebetulan plak tmpat kami berdekatan dengan tempat bakar sampah masa nk pasang khemah tu kami alih kan skit sampah itu tpi ada asap ckit mungkin tempat tu baru dibersihkan.. mungkin..
gambar ni sebenarnya bukan nk ambk tempat bakar sampah tpi tasik kt belakang tu.. masa ni dh nk petang nk tngk matahari terbenam.. cantik..
saudara Amirez cakap masjid tu macam terbiar mmg betul masjid tu cam terbiar je kt situ.. sbb barang pun kurang dan yg ada beberapa helai sejadah dan Al-Quran kt situ.. Al-Quran pun ada setiap sudut kt masjid gambar seperti saudara Amirez ambil.. Lps tu sy jgk hairan sbb rumah2 kt situ xmacam chalet pun cam blik asrama sbb katil dua tingkat.. Masa nk masuk pagar ke masjid ni ada tulis di papan tanda Institut Al-Balaghulmubin kami xthu pun kt mana institut tersebut seingat sy sebelum nk masuk pagar ke masjid tu ada simpang sebelah kiri.. kami berfikir mungkin institut tu kt simpang kiri tu.. Kalau org yg tak pernah datang ke sini mungkin sesat sebab jln nk ke sini mmg bnyak sngt simpang, bas yg kami naik pun hampir tersesat tpi alhamdulillah sebab ada pihak urusetia yg tunjukkan jalan. Slps selesai memasang khemah kami bina gajet dan buat khemah A.. Sambil berbual kosong dan tngk sekitar kawasan tersebut, tgk matahari nk terbenam dan nelayan2 kt tasik tu mencari rezeki.. akhirnya semuanya selesai..
khemah A |
sedang membina gajet |
kerjasama antara kumpulan amatlah penting |
Pada sebelah malam plak, kami solat maghrib, masa tu kami perasan hanya ada seorang lelaki berada di kaki lima masjid.. mungkin lelaki tersebut pemilik rumah kt belakang tmpt perkhemahan kami berdekatan dgn pohon buluh yg kami ambk utk bina gajet dan kawasan perkhemahan kami hanya beralaskan pagar dengan rumah dia... masa kami dlm perjalanan ke tmpt perkhemahan kami dh terserempak dgn lelaki tersebut, dia menjaja ikan mungkin dia ialah nelayan kt tasik tu.. mungkin.. slps solat maghrib kami baca Al-Quran Surah Yasin dan Surah Al-Mulk sebelum menunggu azan isya'.. Slps selesai, aktiviti cara ikatan tali.. lps tu Tuan yg ajarkan 2 bawa anak2 dia semuanya comel2.. sy sempat ambk hanya gambar anak kembarnya comel..
baju pun sama.. hehe |
si kembar |
comelkan.. |
Hari kedua..
Sebab kami xbiasa tidur dlm khemah kerana wakil sekolah kami adalah pertama kali dan kedua kali mengikuti perkhemahan seperti ini jadi mlm tu xboleh nk tidur.. bila xboleh tidur bangun pun agak lewat skit dlm pkul 5.00 kami bngun sepatutnya pkul 4.30 pagi.. slps bngun tu kami bergegas ke masjid utk mengikuti program qiamullai.. slps tu aktiviti kendiri.. slps aktiviti tu kami diminta utk ke dataran masjid utk latihan asas kawad yg akan bertanding pada keesokkan harinya.. alangkah penatnya kerana kami berlatih selama 3 jam tpi alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar.. kemudian, kami meminta utk tarik diri dari pertandingan tersebut kerana semua dikalangan kami x pndai kawad.. Tuan menjawab itu hak awk, sy tak boleh nak halang jadi bincang punye bincang akhirnya kami akur je.. kemudian, kami mendapat tahu slps ni ada pertandingan memasak.. cepat2 call cikgu utk bawa bahan2 utk memasak tu.. tengahari tu cikgu dan ustazah datang melawat kami dan membawa bahan2 utk pertandingan tersebut.. alangkah bersyukurnya di hati yg kecil ini.. jadi smbil duk memasak utk makan tengahari tu kami menyiapkan bahan2 utk pertandingan tersebut.. gambar sepanjang pertandingan berlangsung..
masakan dari para peserta |
para juri yg sedang mengtry masakan.. nasi goreng je.. |
slps pertandingan itu selesai.. kami solat slps tu kami dgn aktiviti seterusnya iaitu pertolongan kecemasan.. oleh En. Syafiq Fadeli..
semasa aktiviti berlangsung |
berfoto dengan beliau |
disini sy kongsikan wedsite beliau jadi bolehlah anda melawat
sebelah ptg plak disebabkan xder aktiviti jadi kami pun buat latihan Dikir Barat Islamik utk malam kebudayaan dan juga merupakan malam terakhir kami disini.. oleh kerana sy dan beberapa org rakan tak terlibat dgn pertandingan ini jadi kami apa lagi bergambar lah.. santai2 sambil tngk nelayan tangkap ikan di Danau Tok Uban utk mencari rezeki dan menanti matahari yg hampir mahu terbenam dan inilah hasilnya
cantik kan... |
Danau Tok Uban |
slps azan maghrib berkumandang kami diminta ke masjid utk menunaikan solat maghrib ketika sedang solat petir sambar menyambar dan angin yg bertiup begitu kencang sekali.. bunyi angin + air sbb terlalu kuat mcm bunyi org sedang menjerit mmg menakutkan pada mlm tersebut kami solat berimankan dan ada ceramah sempena Isra' Makraj dari seorg ustaz maaf sy dh lupa ustaz tu dri mana.. dlm ketakutan ribut yg kencang dan hujan yg lebat, kawan sy salah seorg peserta perkhemahan dtg memanggil utk sedikit bantuan kerana khemah kami hampir2 terbang.. alhamdulillah kerana kami mendapat bantuan dari beberapa org peserta dari sekolah lain yg lebih arif tntg hal2 perkhemahan.. slps beberapa detik akhirnya hujan agak reda, syukur alhamdulillah.. slps peserta lain yg berada di masjid selesai solat isya' kami dimnta utk mengambil beg pakaian ke rumah urusetia dan slps itu kami dimnta berkumpul di depan rumah urusetia utk sedikit taklimat tentang mlm kebudayaaan malam ini, menurut Tuan (urusetia) bersyukur dgn apa yg terjadi kerana peserta dapat pengalaman yg baru.. ye.. mmg pengalaman baru dan pengalaman yg tak dapat dilupakan sampai bila2.. dan utk mlm kebudayaan diteruskan seperti yg dirancang.. kami diberi rehat seketika utk persiapan persembahan Dikir Barat Islamik.. slps persembahan dikir dan persembahan tambahan dri semua sekolah2 yg terlibat ada yg berlakon dan macam2 lagi.. kemudian, kami diminta ke dataran masjid utk sedikit raptai perbarisan utk keesokkan harinya, sekolah kami dijatuhi hukuman mengangkat khemah kerana mengomen sejuk.. malu woo.. selepas aktiviti berakhir kami diminta merehatkan diri di masjid kerana khemah semuanya dh basah.. kami tidur hanya beralaskan sejadah berbantalkan telekung solat dan berselimutkan kain batik kerana semuanya telah basah..
Hari terakhir
kami dikejutkan pada pukul 5.00 lebih kurang utk sedikit qiamullai.. kami kekejangan kaki sebab terlalu sejuk sehingga lenguh otot2 ku ini dan juga akibat kami yang tidur luar masjid.. selepas aktiviti qiamullai dan solat subuh kami bergegas ke rumah urusetia utk memasak (barang2 berada di kawasan rumah urusetia) selepas makan wakil dari setiap kumpulan diminta ke hadapan rumah urusetia utk sedikit taklimat pertandingan kawad dan perbarisan. setelah bincang punya bincang kami minta dari urusetia utk tarik diri dari pertandingan kawad tersebut kerana dikalangan kami memang betul2 tak aktif dalam kawad ni.. kerana kami menarik diri dari pertandingan tersebut kami diminta Tuan utk membersihkan kawasan sekitar perkhemahan dan kami juga menjadi jom kalut pada hari tersebut seperti angkat hadiah, susun kerusi dan paling menariknya tolong tuan timbang ikan tasik tu..
kenangan bersama tuan |
sebenarnya gambar masa ni ada bnyk tpi kawan sy delete dlm phone dia.. dlm phone tu ada gmbr ikan dlm baldi biru tu, gambar tuan pun ada tpi sekrang kasut tuan je yg nmpk tu pun sikit je.. :'( yg ada sekeping ni je.. nasib~~
banyak juga ikan yg ditimbang tu dalam 20kg lebih.. masa timbang tu ada seekor ikan yg hidup ikan ubi tuan bagi kat kami sebagai upah tolong dia. sambil tolong tu sembang2 kosong dgn tuan.. memang kelaka sangat sambil usik2 tuan.. haha.. mmg tak dapat dilupakan.. bagi peserta sekolah lain pula sedang menjalani pertandingan kawad kaki.. sy sempat jgk ambk gmbr tpi sekeping je..
pertandingan kawad kaki |
selepas tu kami kemas kawasan perkhemahan seperti yg dijanjikan.. sambil kemas2 kawasan sekitar tu dan sedang melipat khemah yg dijemur.. orang lain sedang sibuk dgn aktiviti masing2 kami pula sibuk bergambar utk dijadikan kenang-kenangan..
sedang berposing.. kuang3.. |
selepas selesai peserta pertandingan kawad diberikan rehat seketika dan kemudiannya kami diminta utk ke dataran utk perbarisan sempena perasmian penutup perkhemahan tersebut oleh YB di kawasan itu dan Pegawai Kokurikulum YIK semua peserta terlibat kecuali beberapa org yg ada sebab tertentu.. selepas perasmian itu, saat yg ditunggu2kan ialah majlis pembahagian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan..
sekolah kami juara dalam pertandingan dikir barat islamik dan naib juara dalam pertandingan memasak.. alhamdulillah.. slps aktiviti itu berakhir kami bergambar beramai-ramai.. maaf gambar ketika itu tiada.. dan slps itu kami bersiap2 utk pulang ke sekolah masing2..
sepanjang aktiviti berada di sana |
Masjid Brunei Darussalam |
sekitar kawasan masjid |
Danau Tok Uban |
pengalaman berkhemah di Rong Chenok mmg tidak dapat dilupakan dan ianya masih segar dlm kotak memori setiap peserta terutamanya bagi peserta yg julung2 kalinya menyertai perkhemahan macam ni..
menyeronokkan.. oh ye.. ketika tengah kalut nk blik seorg pelajar memohon maaf sy pun xthu sbb apa, apa pun xpe kite xkesah sy dh maafkan walaupun xknl dia dan xthu apa puncanya mungkin masa kami tgh kemas khemah ada peserta dari sekolah lain duk mengumpat tpi xkesahlah apa pun diorg nk kata..
InsyaAllah klau berpeluang sekali lgi pergi ke sana sy tidak akan melepaskan peluang itu.. dan insyaAllah akan sampai ke sana buat kali keduanya.. sungguh amat merindui ketenangan dan kedamaian tempat itu..
sekian.. :)
ceriakan hidup anda dengan senyuman
senyum itu sedekah
:)
wow...best nye....
ReplyDeleteboleh tak emailkan gambar2 masjid brunei ke email saya... terutamanya gambar dalaman masjid dan tempat wuduk
ReplyDeletegambar dalam masjid dan tempat wuduk tak bnyk sbb kitorg bnyk buat aktiviti kat luar masjid.. untuk lebih info awk buka link ni http://blog.amirez.com/sepetang-di-masjid-brunei-darussalam/ terima kasih..
ReplyDelete