walaupun sy tgh menghadapi exam trial sempat jgk terbitkan entry baru.. haha..
entry ni hanyalah utk mengisi masa lapang bulan puasa ni.. soalan sy yang pertama..
SATU : di antara kekayaan, kecantikan, ilmu pengetahuan yang mana satu pilihan anda??
mungkin ada yg akan memilih kekayaan kenapa??
JAWAPAN :
1, gila ko sapa yg taknak kaya.. kan kan..
2, kalau i kaya macam2 i boleh beli iphone, ipad, apa2 yg i lah.. 3, kaya lah bro nati aku boleh beli rumah besor, kete besor semuanya besor2 belake..
4, ermm,, nak2 nati i boleh belanja u makan kt hotel five star lagi, u cakap u nak apa i boleh tolong belikan..
kalau kecantikan macam mana plak??
JAWAPAN :
1, kalau kite cantik mesti ramai laki suka kt kite..
2, kalau i cantik i akan cari boy yg hensem2.. i kan cantik..
3, haha.. u tak payah nk tanya i mmg cantik pun..
4, kalau i cantik mestilah ramai org yg perhatikan i, dan tiap2 hari i dapat pujian.. i suka u tau..
kalau ilmu??
JAWAPAN :
1, ilmu?? takder soalan lain ker??
2, alah, ilmukan bila2 masa boleh belajar nati xder kije lah plak ckgu2 kt sekolah tu..
3, belajar ek eleh kacang jelah..
4, tu dulu skrg lah dunia dh berubahlah tu masa budak2 dlu skrg ni masa nk enjoy2..
tapi akhirnya..
jika seseorg lupa diri tentang kekayaan yg dimiliki bila2 masa saja Allah boleh mengambil semula kekayaan yg dimiliki apa lah sngat dengan kekayaan ia hanya boleh dimiliki di dunia saja, jika kita kaya kita manfaat lah dengan sebaiknya seperti mengeluarkan zakat, bersedekah kerana separuh daripada kekayaan yg kita miliki ialah adanya sedikit hak org yg miskin dan org yg lebih memerlukan.. manfaatkanlah kekayaan yg dimiliki dgn sebaik mungkin, jika kekayaan kita bersumber pekerjaan yg tidak halal dan wang hasil pecah amanah tak kemana pun kekayaan yg kita miliki, apa yg kita miliki di dunia seperti duit setinggi gunung kinabalu sekali pun, intan permata, iphone, ipad dan sebagainya tu bukannya boleh dibawa mati pun wei..
jika kecantikan yg dipilih hanya utk mendapatkan perhatian lelaki dan org ramai kemanalah sangat akhirnya kecantikan yg dimiliki nati tua2 besok korg tahu lah macam mana, cantiknya dirimu seperti ratu dunia nati tua2 kerepot jgk kecuali yg cocok situ cocok sini.. nak cantiklah kata biarpun muka dh ala2 alien dari planet mna entah. mengubah ciptaan Allah adalah haram.. lau muka dh lawa confirm dedah situ dedah sini tayang situ tayang sini.. korg tgk kt facebook mcm mna, korg boleh nilai dari situ.. kecantikan walau secantik mana pun kita, kita adalah ciptaan Allah dari tanah dan di tanah jualah tempat kita kembali.. dan kita dijadikan adalah utk menjadi kalifah di muka bumi Allah yg tercinta ini..
mengapa tidak dipilih ilmu sesungguhnya ilmu Allah sangat luas tak perlulah memikirkan kesusahan dan keperitan semasa menuntut ilmu sesungguhya kita haruslah berusaha dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah, Allah akan membantu kita. jika kita memiliki ilmu berkongsilah ilmu yang dimiliki.. setinggi manapun ilmu yg dimiliki belum tentu kesemua ilmu dunia dan akhirat kita ketahui oleh itu kajilah kitab suci Allah iaitu Al-Quran, jika kita menuntut ilmu jgnlah hingga menyeksa diri, Allah menjadikan kejadian siang dan malam pada siang hari kita diminta utk menuntut ilmu dan mencari rezeki dan pada malamnya pula utk kita berehat dan bersujud kpdNya, ilmu Allah sngt luas sama ada ilmu fardu ain mahupun ilmu fardu kifayah, jika kita seorg berilmu bukan saja kekayaan dan kecantikan kita miliki bahkan kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat kita akan miliki.. amin..
sy masih ingat sampai ke hari ini saat ini, dari seorg kawan lelaki.. sy ada tnya dia kenapa minat ke A sedangkan B lagi cantik dari A dia menjawab buat apa cantik kalau
walau sekayanya kita, secantiknya kita, sehebatnya kita, setampannya kita, kita hanya hamba Allah yg kerdil.. mohon maaf jika entry kali ini menyinggung perasaan sesetegah org, sy hanyalah manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan, apa yg baik itu ada datangnya dari Allah Taala dan apa yg kurang itu adalah kelemahan diri sy sendri.. akhir kata dari sy tuntut lah ilmu sama ada dari segi sahsiah ataupun akademik.. rohani jasmani, zahir batin.. SELAMAT BERBUKA PUASA dan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA..
insyaAllah tambah ilmu tambah amalan di bulan yg mulia ini.. jadikanlah ramadhan kali ini ramadhan yg terbaik dari sebelumnya..
WASSALAM,,
CERIAKAN HIDUP ANDA DENGAN SENYUMAN
SENYUM ITU SEDEKAH
SELAMAT BERPUASA
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY KALI INI
No comments:
Post a Comment