disini sy ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA
manusia tidak merancang untuk gagal tetapi manusia gagal untuk merancang..
siapakah yg perlu dipersalahkan atas setiap ujian yang datang..? atau kita yang menyalahkan takdir atau ketentuan Illahi,, setiap ujian yang datang adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya.. dalam soal ini kita tidak perlu menyalahkan sesiapa kerana setiap ujian dan dugaan yang datang ada hikmah disebaliknya..
jika kita gagal dalam sesuatu perkara kita harus bangkit dari kegagalan tersebut jangan terus menyalahkan diri sendiri dan jangan terus merancang untuk menghadapi kegagalan.. Ujian tersebut datang mungkin untuk kita selalu mengingatiNya dan terus bersabar menghadapinya.. Jika ingin mengadu atau meluahkan masalah yang dihadapi, mengadulah kepada Allah S.W.T kerana jika kita mengadu kepada hambaNya belum tentu seseorang itu boleh menjaga rahsia kita sebaliknya mereka akan menceritakan masalah itu kepada orang lain pula..
jika ada seseorang sedang menghadapi masalah atau memerlukan nasihat atau mahu meluahkan perasaannya kepada kita haruslah menjadi pendengar yang paling setia dan jangan sesekali memecahkan rahsia si pencerita tadi.. kita seorang manusia yang lemah memang tidak pernah terlepas dari perkataan 'kalau' dan 'nasib baik'.. contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, dan semestinya kita akan berkata 'kalaulah aku tak naik kereta itu mungkin aku.................' atau 'nasib baik aku tak naik kereta tu kalau tidak................' benarkan?
p/s jangan selalu menyalahkan takdir kerana buruk padahnya..
sekian, nasihat ini bukan untuk orang lain sahaja tetapi juga nasihat untuk diri saya sendiri amnya.. setiap ujian yang datang ada hikmah disebaliknya..
terima kasih
seharumlavenda.blogspot.com
spm'12
gudluck
ceriakan hidup anda dengan senyuman, senyum itu sedekah.. ^_^
No comments:
Post a Comment